Thursday, May 22, 2014

It's A Girl! Alhamdulillah.

Hello guys!

3 bulan dah mummy tak post entry. Owh sangat busy dengan rutin baru bersama si kecil Armia Amanda. Yes nama baby mummy lah :) Jom mummy share pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya..



Pengalaman Melahirkan Armia Amanda di Hospital Putrajaya (Doc Hazim)

Jumaat, 31 jan 2014

Siang tu mummy melepak di rumah aunty di Greenwood, Gombak. Saje ada family gathering sebab esok adik sepupu nak kahwin so kami lepak n makan2 lah. Takde pula tanda-tanda nak bersalin cuma malam semalam ada ,ild contraction. Mummy ingat Braxton Hicks. So malas nak layan. Dalam jam 6 petang macam tu Mummy pun balik la rumah mummy sebab nak iron baju untuk event wedding esok.

10.45 malam: Time ni Mummy tengah layan drama kat tv di ruang tamu then tiba-tiba Mummy rasa air suam keluar dari miss V. Cepat-cepat mummy bangun and berdiri atas lantai...maka air ketuban pun pecah n keluar dengan sangat banyak non-stop sampai mummy tak boleh bergerak ke toilet kat dapur. Danish nampak mummy berdiri sambil basah la baju kaftan mummy tu so dia kata :haaaa mummy kencing!" hehe..apa lagi dia pun dengan sekuat hati jerit bagi tau kat daddy dia ( time tu daddy kat luar rumah tangah borak-borak dengan jiran) "Daddyyyyyy Mummy kencing atas lantaiiiiiiiii". hahaha kononnya dia nak suruh daddy marah mummy sebab kencing dalam seluar macam mummy selalu marah dia sebab tahan kencing and terkencing dalam seluar! :P Daddy pun macam dah dapat agak signal tu so cepat-cepat masuk rumah and suruh mummy bersiap nak hantar Danish ke rumah babysitter dia. Mummy pun mandi and tukar baju dulu...tapi time ni tak rasa sakit apa pun.

11.00 malam: Baru masuk kereta then tiba-tiba mummy dah mula rasa contraction...agak kuat...tetiba je kan...tapi bila daddy tanya sakit tak, mummy just cakap sakit sikit je...takpe...hehe mummy taknak kasi daddy gabra nanti laju n kelam kabut plak dia bawak kereta.

11.30 malam: Sampai rumah babysitter Danish pulak mengamuk nak ikut mummy pergi hospital...dia kata nak tengok baby keluar...hmmm 1-2 jugak lah berdrama dengan dia kat rumah babysitter tu. Then lepas babysitter pujuk dia n ok so kami pun bergerak menuju Guthrie Highway utk keluar ke NKVE dan terus ke Hospital Putrajaya...Sepanjang perjalanan mummy rasa sakit yang teramat sangat dah sebenarnya tapi mummy bagi tau daddy sakit sikit je setiap kali contraction datang sbb daddy dah mcm panic! Dia takut mummy bersalin dalam kereta! hahahah. Contraction makin kerap dah time ni and every 1 minute dah.

12.00 tgh malam: Kami pun sampai di hospital..haaa laju tak daddy bawak? dari Paya Jaras ke Hospital Putrajaya cuma 30 minit je ok! Alhamdulillah sampai terus dapat parking. Tapi bila nak turun dari kereta mummy dah tak mampu nak berjalan. Sakit ya rabbi! Mummy jalan 5-6 langkah then stop sekejap sbb contraction datang..kemudian sambung jalan 5-6 langkah contraction datang balik..tp nasib baik dah sampai kaunter wad bersalin. Parking pun betul2 berdepan dengan pintu masuk wad bersalin...rezeki... Nurse nampak mummy sakit sangat then terus suruh masuk bilik untuk cek bukaan. Nurse cek baru 3cm katanya.

12.20 tgh malam: So mummy rest atas katil...tapi takda maknanya nak rest. selang 30 saat contraction paling sakit dah datang!! Ya Allah...tuhan je tau mcmana mummy tanggung sakit itu! Sehingga mulut dan badan mummy menggigil menahan sakit. Sampai mummy tak boleh control menggigil tu. Dia automatic menggigil setiap kali contraction datang. Airmata jangan cakap la...berjurai-jurai keluar sebab menahan sakit tu. Tapi mummy nangis dalam sopan tau. tak keluar suara pun :) teheeee.

Doc Indian datang then dia tengok bacaan kat screen tu dia kata " u dah sakit sangat ni, Jom masuk labour room" hmmm x tau la bacaan apa keluar kat screen tu sampai Doc tau mummy tengah tanggung kesakitan yang teramat sangat. Ada skala sakit ke ek kat screen??? On the way ke labour room mummy terdengar nurse cakap "macamana ni, bilik semua full malam ni". Owh mummy dah cuak..alamak takde bilik ke? Pastu ada sorang lagi cakap "takpe patient ni FPP scheme so bilik mesti ada"...Haaa lega mummy dengar. See...nasib baik mummy ambil FPP scheme time pregnant dulu kan..igt lagi tak FPP Scheme yang mummy pernah buat entry dulu?

Sabtu, 1 Feb 2014 (Hari Wilayah Persekutuan & Chinese New Year)

1.00 pagi: Dalam Labour room tu Doc Indian cakap "Kita tunggu Doc Hazim ye..he's coming. Dia akan handle u but if u rasa dah nak teran juz let me know". Beberapa minit lepas tu Doc Hazim masuk and cek mummy..Mummy pulak dah serba tak kena sebab sakit yang teramat..Daddy hanya mampu tgk kesakitan mummy sambil usap kepala mummy and cakap...sabarlah.....Doc Hazim suruh mummy sedut gas. Dia kata gas ni boleh hilangkan rasa sakit mummy and mummy  tak penat tahan sakit sebab perlukan energy untuk push baby keluar nanti. So mummy sedut tapi mummy rasa pening macam nak pengsan. Then mummy stop sedut. Tapi betul memang tak rasa sakit sangat dah but tetiba rasa macam nak teran...

1.17 pagi: Owhhh rasa nak teran sangat-sangat dah so mummy pun push sekali...then sekali lagi mummy push...uweekkkkkkkkk....... hehe lahir lah princess mummy yang mummy tunggu-tunggu...awal 3 hari dari EDD (4 Feb 2014). Saat baby keluar je terus hilang semua sakit...Doc Hazim letak baby atas perut mummy then mummy peluk. hmmmm wangi sangat macam bau bedak baby Johnson! Orang tua-tua kata bau syurga....hmmm wanginya.....

Nurse pun amik baby and daddy ikut untuk iqamatkan. Doc Hazim pun terus lakukan procedure keluarkan uri..owh time ni rasa macam nak bersalin lagi sebab bila Doc Hazim tarik keluarkan uri rasa macam mild contraction. Tapi tak lama dalam 15 saat je sakit tu kemudian bila habis uri keluar dah tak sakit. Then Doc Hazim mula la menjahhit...owh time ni mummy trauma bila teringat sakitnya jahit time lahirkan danish 4 tahun lepas..time tu nurse yang jahit. But this time doktor pakar jahitkan sendiri harap2 tak sakit. Tapi alhamdulillah...mummy tak rasa sakit langsung sepanjang Doc Hazim jahit Miss V tu. Mummy siap nak terlelap tidur sebab penat and mengantuk sangat...ye la tak tidur lagi ok! Doc Hazim cakap jahit sikit je sebab tak banyak koyak. Alhamdulillah...

Dalam jam 3 pagi tu mummy and baby dah dihantar ke wad. Tapi sepanjang mummy menunggu dalam labour room tu untuk di hantar ke wad. Ada la 3-4 kali mummy dengar Doc and nurse di labour room sebelah, depan and sekitar itu buat 'countdown' "10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..pushhhhhhhhhhhhh" owhhhh fobianye...mummy tau mummies yang sedang bertarung di labour room tersebut sedang menanggung sakit teramat sangat demi melahirkan zuriat mereka...ya Allah...besar betul pengorbanan seorang ibu dan isteri demi melahirkan waris zuriat mu wahai lelaki yang bernama SUAMI! Tak tergambar sakitnya CONTRACTION itu dan sangat sakitnya saat PUSH untuk keluarkan baby...inilah ibu segala sakit di dunia wahai sang suami....

Bila mummy naik di bilik Wad Executive mummy...owhhhh nyamannya...(sorry takde gambar sbb tak terpikir nak snap pic. Penat sangat dan mengantuk..juga excited dengan kehadiran newborn baby ) masa untuk mummy berehat. Bilik sangat selasa dan yang penting toilet di bilik executive ini sangat bersih dan siap ada water heater...selasa la untuk seharian di sini...tapi apa pun rumah kita lagi selesa kan?

Ini lah puteri mummy yang sangat mummy cintai :)

Fresh from oven :)
8 hours old!
Berat 3.55kg

Ni di minggu pertama di dunia ini!

weeee dah botak! haa bila botak ni dah rupa abangnya time kecik dulu kan?
Kiri ni Abg Danish time dalam pantang.
Kanan ni pula Armia Amanda dalam pantang juga.

Ni umur Amanda ketika 2 bulan.
Berat dah 6.2kg!
Haa naik 2.65kg dalam masa sebulan...berkat exclusive breastfeed.

Abang?? Hmmm dia memang sayang sangat adiknya tu.
Hampir setiap masa di ciumnya sampai adik tengah tidur pun terjaga sebab abg cium je...
Alhamdulillah...mummy sentiasa pesan dekat Danish supaya sentiasa jaga dan sayang adiknya sebab ni je satu-satunya adik yang dia ada...wink wink




Si bambam mummy ketika umur 3 bulan!
Berat 7kg.
Kali ni naik tak banyak sangat sebab dia dah start meniarap ketika berumur 63 days (haa cepat kan?) and active sangat.

Ni ketika majlis akikah Amanda 2 months old!
Maka lengkaplah keluarga kecil mummy...
Alhamdulillah..



Ini pula bill FPP di Hospital Putrajaya untuk mummy yang bersalin secara Spontaneous Vaginal Delivery (SVD). So untuk mummy yang plan nak ambil scheme FPP ni dah boleh buat anggaran lah ye...but this is for SVD (bersalin secara normal). Dan mummy pun stay kat hospital tu sehari je...petang jam 2.30 ptg dah discharge. Total RM 1633.20.


Friday, January 10, 2014

Journey of My 2nd Pregnancy

Assalamualaikum.....

Disini mummy memulakan coretan perjalanan 2nd pregnancy mummy yang mummy akan publish setelah anak mummy lahir nanti. For the time being mummy jadikan dia draft sahaja :) Owh ya mummy memang planning untuk conceive pada bulan May 2013 kerana ikut pengiraan Lunar Calendar pada bulan May mummy akan dapat baby girl! Insha allah....kita hanya mampu berusaha dan selebihnya Allah yang tentukan. Dan lagi 1 akan deliver on February 2014. If conceive bulan April akan dpt baby girl juga tp deliver EDD is on 4 Jan 2014...risau plak if terawal dah deliver bulan Dec 2013...macam rugi setahun je nanti untuk masuk standard 1. Org lain yg lahir bulan Jan masuk standard 1 dah umur 7 tahun tp nanti baby yg lahir bulan Dec sebenarnya baru je masuk umur 6 tahun...haaa kan dah beza setahun di situ? Kematangan brain mereka pun berbeza la kan...So 2nd baby ni memang mummy planning betul-betul but still berserah pada kuasa Allah...

14 May 2013 (Hari ke-14 selepas 1st day period): Mummy dah conceive! Ramai yang confuse bila tarikh sebenar conceive kan? Maksud conceive tu sperm bersenyawa dengan ovum time ovulation. Macam mummy, mummy kenal body mummy so senang untuk mummy planning. Petanda mummy subur ialah bila siang hari tu Miss V keluarkan lendir seakan putih telur yang lendir tu. So malam tu mummy memulakan mission la :) Normally berlaku pada hari ke 14-16 selepas period hari pertama. Alhamdulillah usaha mummy berjaya bulan May tu dengan kuasa dan izin-Nya.

15 May 2013 (Hari pertama selepas 1st day conceive): Mummy alami segugut selama 2 hari padahal tarikh next period mummy lambat lagi iaitu 28 May. Dari pembacaan mummy, sakit segugut tu adalah proses implantation.

17 May-23 May: Sepanjang minggu ni perut mummy tak selesa. Keputihan mula keluar dari Miss V. Yang peliknya sebelum ni mummy tak pernah alami keputihan tapi selepas habis implantation process ni setiap hari keluar keputihan.

26 May 2013 (Hari ke-12 selepas 1st day conceived): Dua hari sebelum next period (last period was 30 April) mummy dah buat UPT. Dan resultnya ialah POSITIVE! Sepatutnya next period mummy on 28 May sebab cycle mummy memang tepat 28 hari. Tapi seminggu ni badan mummy tak sedap..Tanda2 early pregnancy sudah ada sebab mcm mummy bg tau tadi, mummy sangat kenal body mummy. That is why setiap perubahan body mummy dapat rasa yang mummy sedang pregnant!

Lagi satu period mummy ni tetap. So mummy cepat tau samada mummy pregnant atau tak sebelum next period mummy. Masa Danish dulu mummy lewat sehari then terus buat UPT then positive. This time pun sama tapi lebih awal dapat detect sebab mummy guna brand ClearBlue ni. 99% tepat. Clearblue boleh test at anytime. Most of brand kena test waktu air kencing pagi yang pertama kan tp Clearblue ni mummy test kul 6pm tau itupun dah banyak kali pee pee :)


27 May 2013: Bermula lah pregnancy bleeding mummy sepanjang 2 weeks yang berikutnya. Sama macam time mummy pregnantkan Danish. Tapi jumlah bleeding tu tak banyak macam period. Sikit-sikit je tapi setiap hari. Time ni memang berulang alik klinik and every week buat scan then Doc kasi ubat kuatkan rahim jenis minyak (natural). Mummy consume selama 1 week. After 2 weeks bleeding dah stop.

1st Trimester: Mummy tiada alahan ataupun mabuk or muntah-muntah. Tapi selera makan drop terus! Boleh suap 1-2 mulut je nasi then kalau paksa suapan ke-3 sure muntah. Bukan muntah sebab loya tapi muntah sebab paksa makan. Mummy memang jenis ada gastrik...so apa lagi. Gastrik menyerang mummy la 1st trimester ni. Allah je yang tau macamana sakitnya gastrik terutama time pregnant ni. Time gastrik ni minum air pun mummy muntah. Tak boleh masuk apa pun dalam perut ni. Sakit perut yang teramat sangat sampai mummy hanya mampu nangis! Dah la time kena ni daddy outstation kat Pangkor Island. Dugaan sangat-sangat pregnant kali ni. 1st trimester ni mummy berselera makan buah je. Antara fruits yang mummy suka masa ni ialah:


Manggis

Grape & Honeydew

Berries

Lychee

Ciku

haa ni mempelam depan rumah :)


27 Aug 2013 (16 weeks): Jam 8.30am lebih kurang, di toilet ofc, time mummy nak mencangkung for pee pee :P mummy dapat rasakan sesuatu meletup-letup ketika perut mummy terkepit! Like popcorn popping! Yup i can feel my baby's movement now! For those yg pregnant kali kedua, mereka dapat rasakan baby's movement seawal 16 weeks compared 1st pregnant yang hanya akan rasa baby's movement seawal 20 weeks. Since daripada tu bermula lah keaktifan baby mum :)

Di usia 16 weeks ni juga mummy panggil makcik urut yang mahir urut orang pregnant. Ok la urutan dia, tak sakit juz untuk relax and hilangkan lenguh-lenguh badan. Tapi mummy and daddy mula panic bila dia start pegang perut then urut-urut kononnya nak naikkan rahim. opppsss mummy dah mula cuak di situ. Sebab mummy banyak baca blog yang dipercayai yang tiada istilah rahim jatuh! Nasib baik dia tak urut kuat tapi katanya dia betulkan rahim la and kononnya rahim mummy dah naik...hmmmm yalah tu. Mummy tak percaya sbb mummy ni jenis tak berapa percaya mitos orang melayu dulu-dulu. Tapi ni last la mummy panggil tukang urut coz dah tak percaya pasal urut-urut perut ni time pregnant. Akan panggil makcik ni bila dalam pantang je nanti. Tapi the best part is bila dia pegang and tengok je perut mummy dia kata "hmm sah ni anak perempuan!". Daddy dah mula excited tanya "Ye ke makcik? Macam mana makcik tau?" hahaha tapi time dia masuk rumah tadi bila dia lihat Danish dia terus cakap anak perempuan ni dalam kandungan. Apakah??? Maybe muka danish ada air muka perempuan kot so orang dulu-dulu cakap kalau anak sebelum ni ada air muka perempuan so adiknya perempuan and sebaliknya kalau anak sebelumnya ada air muka lelaki kan? Ntah la...mungkin kebetulan. Tapi dalam hati mummy ada sedikit keriangan almaklumlah memang mengharap baby girl and ingat tak yang mummy kata mummy memang plan nak conceive bulan May sbb nak baby girl? hahahaha 

2nd Trimester (1 Sept 2013): Alhamdulillah kandungan mummy berjaya melepasi 1st trimester. Now dah 2nd trimester. Kandungan mummy dah 17 weeks. Selera makan dah ok tapi takde lah addicted nak makan je kan. Cuma dah boleh makan nasi dan kebetulan pulak musim DURIAN! Apa lagi mummy and Danish memang hantu durian so kami pun berpesta durian lah. Ayah mertua pula kirim  durian kepada kami :) yummy durian kampung dari dusun father in law! Seguni FIL kirim melalui SIL yang balik kampung baru-baru ni.


haaa pesta sangat-sangat!

Pada usia kandungan 18 weeks (4 bulan setengah) berat mummy naik sebanyak 7kg ok! sepatutnya normal range for 18 weeks is 3-5kg je. Ntah la..mummy bukan makan banyak pun tapi naik mendadak sangat. Maybe time raya aritu makan banyak berlemak kot :P. Tapi baby bump mummy tak terlalu menonjol. Bila jumpa kawan-kawan dari kolej lain diaorg kata mummy tipu yang mummy pregnant. hahaha diaorg kata perut tak macam pregnant 4 bulan setengah pun. 
18 weeks of Pregnancy with 60kg. Before pregnant 53kg.

Ni before pregnant bersama kawan baik mummy. Tak banyak beza pun kan tapi ketara di muka :) makin tembam :)

Tapikan dari pembacaan mummy and reference from Doc, perut mummy ni normal bagi mereka yang tiada lemak berlebihan di perut! hahahaha. Ialah size baby di usia 18 weeks ni just sebesar ONION je tau. So memang baby bump takkan kelihatan la. Doc cakap yang ada sesetengah orang 2 bulan pregnant tu dah menonjol perut dia tu maknanya banyak lemak. Lemak berlebihan yang menonjol, bukannya baby. Bayangkan size baby hanya sebesar onion di usia18 weeks....hmmmm.

26 Oct 2013 (25 weeks): Mummy pergi klinik untuk checkup then doc scan baby. Hmmmm berdebar juga nak tau girl or boy coz before this pernah scan nak tgk gender tapi tak nampak coz position baby tak cantik. Maka keluarlah ayat doc "I nampak kosong je ni...kemungkinan besar GIRL but masih terlalu awal sebab if Boy might be bebird dia tak nampak lagi...masih kecil". Mummy sangat happy! Walaupun Doc tak bagi confirmation lagi tapi naluri mummy sebagai ibu mengatakan it's a GIRL. Lagipun kalau ikutkan Lunar Calender n Makcik tukang urut tu dia kata Girl and orang disekeliling yang tengok perut mummy pun cakap Girl. Kata mereka sebab perut mummy kecik.

2 Nov 2013 (26 Weeks): Hari ni Mothercare ada Mega Sale up to 40% off! Untuk VIP Card pula ada additional 10% off on total purchase so apa lagi...mummy memulakan mission lah!
hehehe macam confirmed je Girl :P

3rd Trimester (21 Nov 2013): 29 Weeks! Hari ni ada 1st appointment and registration for Full Paying Patient (FPP) Scheme di Hospital Putrajaya. Mummy pilih Doc Hazim coz Doc Hamidah dah full since dia sorang je Pakar O&G perempuan for FPP Scheme kat sana. Takpelah Doc Hazim is Ketua Jabatan di bahagian Pakar O&G.

Danish dulu pun lahir di Hospital Putrajaya so this time adiknya pun mummy nak lahirkan di sana. FPP ni hanya ada di Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya je for the time being. Walaupun Hosp. Selayang lagi dekat dengan office and rumah mummy tapi mummy nak kedua anak-anak mummy jadi orang Wilayah Persekutuan Putrajaya :) since rumah my mom pun di sana.

Hahaha urine test mummy dapat detect gula! 4+ tau. Doc Hazim cakap kalau ikut scale ni dah kira lebih ni. Mummy dah buat MGTT (Urine & Blood test) yang minum air gula tu time 20 weeks. Result time tu pre 4.6 and post 6.1. Masih bawah 7 kan so ok la tu. But doc cakap maybe baby dah besar so kadar gula pun meniingkat. Tapi mummy percaya mummy tiada gestational diabetes. Gestational Diabetes (GD) ni berlaku pada pregnant woman yang sblm pregnant tiada diabetes. Kenapa mummy yakin mummy tiada GD? Petang semalam mummy makan durian banyak  tau! So ni mungkin effect dia. Glucose ada dlm urine. Time pregnant kan danish dulu pun urine mummy ada glucose coz time tu mummy tengah addicted makan buah mata kucing. 1kg mummy habiskan sorang! Doc Hazim tak percaya and dia taknak ambil risiko so he asked me to repeat MGTT next week. Hwaaaaaa nak pengsan dengar kena minum air gula lagi sekali :(

Itu cerita sedih...tapi ada cerita paling gembira disebalik pertemuan dengan Doc Hazim ni. Dia buat detail scan then..."U dah tau ke gender baby?" Mummy cakap aritu scan nampak girl then Doc ckp "tapi....saya nampak macam perempuan je..." hahaha Doc bagi suspen je. Perempuan tu girl lah doc...Doc cakap confirm girl sebab flat. By this time if boy dah nampak tapi doc cakap ni flat je. Position baby pun okay. Kepala di bawah tapi doc cakap hanya ada sedikit je kemungkinan kalau baby tiba-tiba nak turn around. 

30 Nov 2013 (30 Weeks): Mummy buat MGTT di private klinik area rumah mummy je. Semalam dah start puasa jam 7.00pm. Sebelum puasa tu sempat lagi kami makan ice-cream Gelato di Setia City Mall :) Ntah-ntah kantoi juga kali ni. Satu hari kepala mummy pening kesan dari air gula. Whole day mummy tak boleh buat apa-apa. Dalam hati dah mula risau...1st MGTT dulu tak rasa macam ni tapi this time teruk sangat ni. Dulu result selepas MGTT 6.1....mesti kali ni lagi tinggi sebab pening semacam je ni. Mummy berdebar-debar juga.....

2 Dec 2013 klinik call suruh ambil result. So daddy tolong ambilkan then sampai rumah daddy cakap ada diabetes! Frust mummy....bila mummy baca result tu dia tulis Pre MGTT 3.9 and Post MGTT 4.9. hahaha daddy tipu! Result MGTT kali ni lagi rendah dari 1st MGTT. Kalau dulu pre je dah 4.6 tapi kali ni pre baru 3.9 ok. And dulu post 6.1 but this time post hanya 4.9! Haaa jauhkan beza tu? Ternyata gula mummy sangat terkawal sebab mummy ni bukan suka manis. Ok dah boleh sambung makan durian!!

10 Dec 2013 (32 Weeks): Hari ni berat mummy 65.6 kg di usia 8 bulan kandungan. Naik sebanyak 12.1 kg (normal range 8-12 kg). hehehe masih terlebih 0.1kg tapi dah hujung scale untuk normal range tu :P Ni semua gara-gara treadmill mummy rosak. Dah lama tak exercise atas treadmill. Last guna time pregnant 18 weeks after that stop sebab motherboard treadmill meletup! Lagipun dah 2 tahun mummy guna...everyday pulak tu. So dah sampai masa lah. Ni tgh tgu orang Fitness Concept datang tukar. Motherboard baru sampai Malaysia so mummy dah set appointment untuk tukar motherboard baru on 26 dec ni. Then mummy boleh exercise semula. Ala tak running pun just walking guna speed 4 km/h for 30 minutes je. At least burn 114 calories and memudahkan mummy untuk bersalin nanti. Insha Allah....56 days to go! (EDD 4 Feb 2014).
Gemok tak mummy? Ni time celebrate birthday Danish Darwish & Arissa Reyhana (cousin yg beza 8 hari) on 13 Oct lepas. Birthday danish actually 23 Oct.



24 Dec 2013 (34 Weeks): Larat lagi mummy bawak danish ke Farm In The City :) Baby pun sangat active dalam perut mummy. So masa yang ada ni mummy bawa danish jalan-jalan sebelum adiknya keluar :) Time ni berat mummy 66.2 kg. Naik 12.7 kg but masih dalam normal range (9-13 kg) untuk 34 weeks.






9 Jan 2014 (37 weeks): Pagi ni mummy ada FPP appointment dengan Dr. Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali atau lebih dikenali dengan Doc Hazim. Ni 2nd time mummy punya appointment dengan Doc Hazim. He is my O&G Specialist for my 2nd pregnancy ni.








Head of Department
Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali
pphazim@hpj.gov.my

Obstetric & Gynecology Department,
Putrajaya Hospital, Precint 7,
Putrajaya, 62250 Putrajaya


Alhamdulillah berat baby time ni dah 3.1kg. Position baby pun ok...alhamdulillah boleh deliver normal :) Heartbeat baby pun ok. Kali ni tempoh masa diambil start registration n check-up di Hospital Putrajaya cuma 1 jam. Nasib tak lama since mummy datang sorang je...daddy tak boleh cuti hari ni. Since Doc Hazim tau mummy drive sendiri and parking kereta jauh sebab biasalah parking penuh je memanjang...so dia siap pesan lagi "Drive carefully ye"..hehe so sweet of you doc! Hari ni berat mummy dh 67 kg. Total naik 13.5 kg but still in normal range for 37 weeks pregnancy (10-14 kg). Ok next last appointment FPP is 23 Jan (39 weeks).




10 Jan 2014: Ok mummy decided hari ni nak publish entry ni sebab takut terawal bersalin :) So mummy akan cerita tentang Full Paying Patient (FPP) Scheme di Hospital Putrajaya

FPP Scheme ni hanya ada di Hospital Selayang & Hospital Putrajaya sahaja. Jenis perkhidmatan yang mempunya FPP Scheme ni ialah:

  1. General Surgery
  2. General Medicine
  3. Obstetrics and Gynaecology
  4. Orthopaedic
  5. Opthalmology
  6. Pediatrics
  7. Anesthesiology
  8. Otorinolaringology ( Ear, nose and Throat)
  9. Dentistry (Dental Surgery)
  10. Psychiatry

Mengapa nak pilih FPP? Sebab kita nak guna kepakaran Doktor & alatan lengkap yang hanya ada di hospital kerajaan disamping inginkan service perkhidmatan seperti swasta...Kita juga boleh pilih siapa doktor pakar yang kita nak and enjoy several facilities such as First Class Ward and Executive Ward.

Macam mummy dibawah service Obstetrics & Gynaecology (O&G). Mummy pilih Doc Hazim. Dia merupakan Doc Pakar dan Head of Department untuk unit O&G Hospital Putrajaya. Bagi mereka yang pernah ke Hospital Putrajaya bahagian Klinik O&G mesti akan perasaan nombor panggilan pesakit di bilik No. 58 (Doc Hazim) hanya bermula dari no. 1-10 je kan? Itupun start appintment dengan bilik No.58 jam 11 pagi sahaja. Kalau bilik No. 56, 57, 60 or 61 (Doc Azmi, Doc Hamidah etc) mesti kul 11 pagi tu dah berpuluh-puluh or sometime ratus kan?? Haa...tu bermakna Doc Pakar lain ( Doc Azmi or Doc Hamidah) diaorang ambil pesakit luar juga. Tapi Doc Hazim hanya entertain FPP patient dia sahaja. Ye lah dia kan Head of Department. Lagi 1 kita boleh spend time lama dengan Doc Hazim (habis tu bayaran consultation je RM60 kan...harus la lama). Tapi ada kawan mummy yang FPP dengan Doc Hamidah, dia kata Doc Hamidah selalu rushing je...tak boleh nak borak lama-lama...ialah Doc Hamidah kena rawat outpatient juga. Tapi yang FPP dengan Doc Hamidah rugi lah...dah la bayar consultation RM60 tapi layan sekejap je.


Tapi 1 kekangan dengan Doc Hazim ialah dia selalu ada emergency kes. Sometime dia kena pergi Hospital Serdang & Hospital Kuala Lumpur sebab mereka memerlukan kepakaran Doc Hazim. Macam kes mummy 1st appointment terpaksa tunggu Doc Hazim almost 2 hours sebab kebetulan time tu dia ada emergency case. So nurse tanya kalau taknak tunggu lama Doc Hamidah akan entertain mummy. Mereka kena tanya kita dulu sebab kita dah bayar and pilih pakar kita sendiri. Disebabkan mummy taknak tunggu lama lagi so mummy cakap ok lah boleh. Bila mummy masuk Bilik No.58 je, baru Doc Hamidah nak buat scan then Doc Hazim pun masuk :) Dia mintak maaf sebab ada emergency case. So sempat la Doc Hazim entertain mummy :) Tapi 2nd appointment dengan Doc Hazim semalam (9 jan) cepat je. Hanya 1 jam je di hospital termasuk (registration 3 minit + tunggu giliran untuk nurse timbang and urine test 15 minit + tunggu giliran ke 5 20 minit juga sebab mummy org no. 5 + jumpa Doc Hazim 10 minit + inject ATT Booster 5 minit + bayar di kaunter 3 minit) so total 56 minit! ok la kan sebab yang buat lama tunggu giliran...mummy datang lambat tu yang dapat no. 5. Appointment kul 11 tapi mummy sampai hospital kul 11.10 minit..hehehe sepatutnya kena register 30 minit sebelum waktu appointment :) Tapi nurse or kerani tak marah mummy pun...diaorg senyum je n layan mummy dengan sopan dan lembut sekali...ye la...mummy amik FPP Scheme ok! Kalau mummy ni out patient mesti dah kena marah and membebel kan??? Cliche....

Untuk bayaran FPP ni, 1st registration pada 1st appointment kena bayar RM110 (Registration RM50 + Consultation RM60) di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar. Kemudian lepas jumpa doctor kita kena bayar di Kaunter Pembayaran RM51 (Rawatan+Scan+Ubatan). So total for 1st appointment is RM161.

2nd appointment pula kita kena bayar RM60 (consultation) di Kaunter Pendaftaran Klinik Pakar. Kemudian lepas jumpa doctor kita kena bayar di Kaunter Pembayaran RM51 (Rawatan+Scan+Ubatan+Injection). So total for 2nd appointment is RM111.

3rd appointment and seterusnya pun sama harga dengan 2nd appointment tu melainkan tak buat scan. So maybe just bayar RM60 + RM1 je kot. Mummy tak sure sebab mummy scan setiap kali jumpa Doc Hazim. Lagipun mummy jumpa Doc Hazim Ketika kandungan dah 29 weeks & 37 weeks.

Bayaran deposit untuk bersalin pula nanti is RM3,000 kena bayar sebelum masuk ward. Boleh bayar by cash, debit card or credit card. Tapi kalau bayar by credit card, let say total bill kita just RM1500 (kalau bersalin normal) so hospital akan refund cash.

Kita boleh pilih jenis bilik yang kita nak:


Class
Medicine/Surgery/Obstretrics and Gynaecology
Executive(single Bed)
RM 300 per day
First Class(Single Bed)
RM 160 per day
First class(double bed)
RM 130 per day
First class(4beds)
RM 80 per day

Lain-lain charge pula seperti berikut:

Operation Theatre
RM 250 per hour/any part thereof
Labour Room
RM 250 per hour/any part thereof

Anggaran jumlah bayaran untuk FPP Scheme ni:

1. Bersalin Normal RM1,000-3,000
2. Cesarean RM3,000-5,000 (Nurse akan jaga baby macam private hospital)

Tapi kena ingat ye mummies, sebelum buat 1st appointment dengan FPP ni, kita kena buka buku rekod mengandung dahulu di Klinik Kesihatan Kerajaan atau di Klinik Swasta. Macam mummy dah buka buku di private clinic n monthly check-up pun di private clinic. Cuma minggu ke 29 je baru FPP di Hosp. Putrajaya. Tapi mesti bawa buku private clinic tu sebab Doc FPP nak tengok monthly record kita. Doc pun hanya akan tambah lampiran je di buku asal kita tu..tak kita buku dari private clinic or govt.

Kalau takde buku dari private clinic or Klinik Kesihatan Kerajaan, mereka takkan terima. Macam semalam ada ibu mengandung yang ambil FPP tapi tiada buku record mengandung lagi, so petugas kaunter suruh pergi buka buku dulu samada buku pink (kerajaan di klinik kesihatan) or pergi mana-mana private clinic dulu. Sebab di Hospital Putrajaya tiada service buka buku rekod kesihatan ibu mengandung. Mereka hanya akan tambah helaian tambahan sahaja di buku asal kita.

Tidur Malam Tanpa Diaper Lagi!!

Haa...rentetan entry Potty Training mummy yang lepas, kali ni mummy nak bagi tau yang mummy tgh training danish tidur malam tanpa diaper. Ketika ini umur danish 4 tahun 2 bulan.

5 Jan 2014: Jam 11 malam kami dah naik bilik untuk tider. Macam biasa danish pergi toilet and pee pee dulu. Then naik katil mummy pun nak pakaikan dia diaper tapi dia jawab :Mummy, nenek kata dah tak boleh pakai diaper kan...danish dah besar". Then mummy cakap "Takpe lah danish pakai je tapi jangan pee pee dalam diapers. Nak pee pee nanti kejutkan mummy or daddy bagi tau nak pee pee kat toilet ye". tapi dia beria-ia taknak pakai diaper. So mummy biarkan saja coz nanti dia dah tidur mummy pakaikan dia diaper juga :). 

Jam 2 pagi mummy terjaga and cek cadar tak basah. Dia tak pee pee lagi. So mummy pakaikan dia diaper. Danish terjaga and dalam keadaan separuh sedar tu mummy bisik kat dia "nak pee pee nanti kejutkan mummy. Kita pee pee kat toilet ye". Then dia angguk :)

6 jan 2014: Jam 7.00 pagi mummy kejutkan dia coz today 1st day school selepas cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah dia tak menangis bila mummy bagi tau hari ni dah start school. So dia excited sangat nak pergi school. Macam biasa kami turun downstairs dan buka CH616 coz sebelum pergi school normally dia akan tengok Oggy & the Cockroaches dulu sambil minum susu.

Oh yea hari ni mummy on leave sebab standby kot-kot dia mengamuk tak nak pergi school :) 7.30am macam biasa daddy bawak danish ke toilet and mandikan dia. Kami terkejut bila buka diaper dia and diaper dia kering! Yeayyyyy semalaman Danish tak pee pee :) Ist trial berjaya and paling best hari ni 1st day school untuk tahun 2014 ni!

So petang tu daddy belikan plastik alas meja untuk dijadikan alas tilam malam ni.

Jam 11 malam macam biasa danish pee pee dulu di toilet then terus naik katil tanpa pakai diaper. 2-3 kali juga mummy terjaga nak kejutkan danish ajak pee pee di toilet tetapi dia kata taknak pee pee. So mummy percaya lah sbb semalam dia langsung tak pee pee. Tapi jam 4 pagi mummy terjaga then tengok-tengok cadar and seluar danish dah basah....danish ter pee pee juga...nasib baik mummy dah letak plastik meja tu bawah cadar so hanya salin cadar je lah. Takde lah kena tilam. Tapi mummy tak marahkan dia. Mummy just kejutkan dia and ajak pergi toilet untuk pee pee and tukar seluar. Dia bangun dalam keadaan mengantuk then terus pergi toilet. Banyak juga dia pee pee di toilet. Maybe dia hanya terlepas sikit je kat cadar tu. Mummy bersihkan dia then tukar seluar tidur lain. Sebelum dia sambung tidur mummy pesan lagi " Danish jangan pee pee dalam seluar ok. Bangun and go to toilet ye". ok dia angguk.

7 Jan 2014: Jam 6 pagi mummy bangun untuk bersiap ke office. Mummy tengok dia masih belum pee pee. Kul 8 pagi selepas daddy hantar danish ke school mummy call daddy tanya ada tak danish ter pee pee lagi. Daddy cakap takde.

So malam ni kami cuba lagi tanpa diapers. Banyak kali juga mummy terjaga and kejutkan dia untuk pee pee di toilet tapi dia still cakap taknak pee pee. Ok mummy percayakan dia.....

8 Jan 2014: Mummy bangun jam 6 pagi untuk bersiap ke office dan alhamdulillah danish tak pee pee pun :) Malam ke-3 tanpa diaper juga berjaya!

9 Jan 2014: Yeayyy hari ni pun berjaya :) Mummy kejutkan dia bangun pee pee pun dia taknak.

10 Jan 2014: Alhamdulillah 5 malam danish tidur malam tanpa diaper and berjaya. Cuma 2nd night je dia terlepas sikit. Bangun hari ni pun dia tak pee pee even mummy kejutkan dia kul 3 pagi untuk pee pee di toilet, dia still refuse taknak pee pee. Maknanya pundi kencing dia kuat and dia mampu tahan kencing waktu tidur. 

ok mummies semua...mummy dah berjaya train Danish free diaper 100% (day & night). Hopefully mummies semua pun rajin mencuba :) Good Luck mummies xoxoxo

Friday, January 3, 2014

Didik Anak Menggunakan Baby Car Seat & Baby Stroller

Entry ini dibuat kerana ramai kawan-kawan mummy tanya macamana mummy train Danish gunakan baby car seat & stroller sehingga Danish sekarang berusia 4 tahun 2 bulan atau ikut tahun is 5 yo. Mummy pun tergerak hati nak buat entry ni memandangkan masih ramai di kalangan kita yang mengambil mudah penggunaan baby/toddler car seat ni. Tahukah anda dengan menggunakan baby/toddler car seat dapat mengelakkan kecederaan parah anak kita jika kemalangan?

Mummy start train Danish menggunakan baby car seat sejak new born lagi sebab kami ni suka berjalan :) so dalam kereta senang. Letak je dia dalam baby car seat then baby car seat tu perlulah diikat menggunakan seat belt kereta kita. Tujuannya bila emergency break or kemalangan takda lah baby car seat tu tercampak keluar dari kereta. Paling penting bukan hanya letak je baby dalam car seat tu tapi perlulah dipakaikan sekali baby seat belt yang disediakan dalam baby car seat tu.

Keduanya sedang bila baby tidur dalam kereta then bila kita sampai destinasi di tuju, just carry je baby car seat tu tanpa perlu kejutkan dia tengah tidur kan? Danish pun habit dia dulu suka tidur dalam baby car seat walaupun di rumah. Dia akan tidur nyenyak sangat macam gambar di bawah ni. Padahal gambar bawah ni di rumah nenek yang sangat riuh sebab ada BBQ Party :)


Jangan risau if untuk permulaan anak kita menangis bila duduk dalam car seat ni. Danish dulu pun time umur dia 4 bulan, time tu dia dah pandai taknak duduk dalam baby car seat bila dalam kereta. Dia akan nangis je mintak diangkat. Tapi kami biarkan sahaja dia menangis. Lama-lama dah penat nangis nanti dia stop la :) Kena train macam ni sebab kalau setiap kali dia nangis then kita keluarkan dia dalam baby car seat tu, so dia akan tau reward dia. Maksudnya bila dia nangis kita akan keluarkan dia dalam baby car seat tu. Mereka lagi bijak memanipulasi emosi kita tau :) So almost 1 month juga setiap kali nak hantar ke rumah babysitter dia akan menangis taknak duduk dalam car seat dia. After that dia ok and behave je dalam baby car seat tu.

Time umur dia 6 bulan and dia pun dah pandai duduk, kami tukarkan baby car seat ni kepada infant/toddler car seat pulak macam gambar di bawah. Car seat ni boleh pakai dari umur 6 bulan sehingga 5 tahun (up to 20kg). Now umur danish dah 4 tahun 2 bulan, masih muat lagi infant/toddler car seat ni. Sekarang pun masuk je kereta Danish akan duduk sendiri dalam car seat dia then pakai sendiri seat belt tu. Remember ye...tiada guna kalau anak kita duduk dalam toddler car seat jika dia tak dipakaikan seat belt! sebab tujuan utama penggunaan toddler car seat ini adalah untuk protect them from kecederaan parah (terpelanting keluar dari kereta) jika berlaku kemalangan atau break secara mengejut. dan....toddler car seat tersebut perlu diikat dengan car seat kereta kita agar toddler car seat tersebut berada tetap di dalam kereta kita.

Lagi satu infant/toddler car seat ni selesa bila danish tidur. Tengok kepala dia. Elok je bila tidur...takda lah sakit kepala leher terpeleot kan? hehehe bahasa orang pantai timur ok! Beli lah toddler car seat yang empuk sikit untuk anak kita...mcm mothercare ni pun ok. Tebal dan selesa sangat untuk perjalanan jauh. Tak salah kan invest untuk anak sendiri? Mothercare Sport Car Seat ni RM619 (3 tahun yang lepas) but now ada promotion 10%.







Sekarang asal masuk kereta je Danish akan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....Lagi 7 bulan adik dia dalam perut ni pulak akan pakai car seat ni so mummy dah kumpul duit nak beli Recaro ProSport Car Seat pulak untuk danish. Yang ini boleh guna sehingga umur 12 tahun! Tapi mungkin dia akan guna sampai umur 9 tahun je kot then dia guna seat belt je lah kan. 5-9 tahun akan guna Young Car Seat sebab nak dia tidur dengan selesa.


Itu pasal Car Seat. Pasal stroller pula danish memang di train since newborn juga. Kemana sahaja kami pergi kami akan gunakan stroller. Hingga dia berumur 4 tahun 2 bulan ni pun dia sendiri akan request nak stroller bila turun je dari kereta. Alhamdulillah Danish budak baik yang tak nakal bila berada di public area (shopping mall or open area). Dia sangat behave dalam stroller. Danish bukan jenis yang lari sana lari sini bila di shopping mall.








So parents semua, kita kena train anak-anak since newborn untuk guna baby car seat and baby stroller ni. Kena konsisten juga tau. Kalau tau mesti mereka tak suka duduk di dalam car seat and stroller. Good Luck mummies semua!



Friday, December 27, 2013

Swimming Lesson for Infant

Nak anak-anak berani berenang? Mummy tak hantar Danish ke swimming class pun coz time danish infant/baby tiada orang pun sanggup ambil danish...Di KL ni mummy dah call ramai private coach tapi bila bagi tau anak baru 3 months old...semua tolak taknak ambil. So mummy pun dengan initiative sendiri mulakan 1st step dengan belikan Danish armbands and swimming trunk :) Ketika ni umur Danish baru 4 months old! Mummy biasakan dia dengan air dulu dalam 10-15 minutes je sbb dia masih baby...Beli je swimming pool yang kat tesco tu :)

4 months old


4 months old

Ketika umur dia genap 1 year so mummy bawa dia masuk Swimming Pool untuk adult. Mummy tak guna kid pool sebab air cetek. Adult pool kita boleh buat dia floating dengan menggunakan armbands ni. Oleh kerana dia dah biasa dengan pool yang beli kat tesco tu so Danish agak confident bila sesekali mummy lepaskan dia floating sendiri :) Danish sangat happy! Lagipun time ni dia dah boleh berjalan. Danish start berjalan sepenuhnya ketika umur 10 months.




1 year old

Selama 9 bulan juga mummy train Danish menggunakan armbands. Ni untuk buat dia lebih confident bila masuk pool terutama adult pool. Mummy tak pernah bagi dia gunakan kid pool. So ketika umur dia 1 year 9 months dia dah pandai terjun pool sendiri and bebas dari tangan mummy :) Ni gambar ketika umur 1 year 9 months. Ketika ni dia suka buat aksi terjun! Tengok link ni https://www.facebook.com/photo.php?v=2232288820352&set=vb.1641856355&type=3&theater

1 year 9 months old

his favorite "aksi terjun"


1 year 9 months old





Bawah ni pula gambar ketika umur Danish 3 years 7 months! Dia takkan masuk kid pool sebab mummy dah biasakan dia dengan adult pool. Danish gemoksss :)





Time ni umur danish genap 4 tahun!

dah pandai swimming style macam ni :)