Friday, January 3, 2014

Didik Anak Menggunakan Baby Car Seat & Baby Stroller

Entry ini dibuat kerana ramai kawan-kawan mummy tanya macamana mummy train Danish gunakan baby car seat & stroller sehingga Danish sekarang berusia 4 tahun 2 bulan atau ikut tahun is 5 yo. Mummy pun tergerak hati nak buat entry ni memandangkan masih ramai di kalangan kita yang mengambil mudah penggunaan baby/toddler car seat ni. Tahukah anda dengan menggunakan baby/toddler car seat dapat mengelakkan kecederaan parah anak kita jika kemalangan?

Mummy start train Danish menggunakan baby car seat sejak new born lagi sebab kami ni suka berjalan :) so dalam kereta senang. Letak je dia dalam baby car seat then baby car seat tu perlulah diikat menggunakan seat belt kereta kita. Tujuannya bila emergency break or kemalangan takda lah baby car seat tu tercampak keluar dari kereta. Paling penting bukan hanya letak je baby dalam car seat tu tapi perlulah dipakaikan sekali baby seat belt yang disediakan dalam baby car seat tu.

Keduanya sedang bila baby tidur dalam kereta then bila kita sampai destinasi di tuju, just carry je baby car seat tu tanpa perlu kejutkan dia tengah tidur kan? Danish pun habit dia dulu suka tidur dalam baby car seat walaupun di rumah. Dia akan tidur nyenyak sangat macam gambar di bawah ni. Padahal gambar bawah ni di rumah nenek yang sangat riuh sebab ada BBQ Party :)


Jangan risau if untuk permulaan anak kita menangis bila duduk dalam car seat ni. Danish dulu pun time umur dia 4 bulan, time tu dia dah pandai taknak duduk dalam baby car seat bila dalam kereta. Dia akan nangis je mintak diangkat. Tapi kami biarkan sahaja dia menangis. Lama-lama dah penat nangis nanti dia stop la :) Kena train macam ni sebab kalau setiap kali dia nangis then kita keluarkan dia dalam baby car seat tu, so dia akan tau reward dia. Maksudnya bila dia nangis kita akan keluarkan dia dalam baby car seat tu. Mereka lagi bijak memanipulasi emosi kita tau :) So almost 1 month juga setiap kali nak hantar ke rumah babysitter dia akan menangis taknak duduk dalam car seat dia. After that dia ok and behave je dalam baby car seat tu.

Time umur dia 6 bulan and dia pun dah pandai duduk, kami tukarkan baby car seat ni kepada infant/toddler car seat pulak macam gambar di bawah. Car seat ni boleh pakai dari umur 6 bulan sehingga 5 tahun (up to 20kg). Now umur danish dah 4 tahun 2 bulan, masih muat lagi infant/toddler car seat ni. Sekarang pun masuk je kereta Danish akan duduk sendiri dalam car seat dia then pakai sendiri seat belt tu. Remember ye...tiada guna kalau anak kita duduk dalam toddler car seat jika dia tak dipakaikan seat belt! sebab tujuan utama penggunaan toddler car seat ini adalah untuk protect them from kecederaan parah (terpelanting keluar dari kereta) jika berlaku kemalangan atau break secara mengejut. dan....toddler car seat tersebut perlu diikat dengan car seat kereta kita agar toddler car seat tersebut berada tetap di dalam kereta kita.

Lagi satu infant/toddler car seat ni selesa bila danish tidur. Tengok kepala dia. Elok je bila tidur...takda lah sakit kepala leher terpeleot kan? hehehe bahasa orang pantai timur ok! Beli lah toddler car seat yang empuk sikit untuk anak kita...mcm mothercare ni pun ok. Tebal dan selesa sangat untuk perjalanan jauh. Tak salah kan invest untuk anak sendiri? Mothercare Sport Car Seat ni RM619 (3 tahun yang lepas) but now ada promotion 10%.







Sekarang asal masuk kereta je Danish akan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....Lagi 7 bulan adik dia dalam perut ni pulak akan pakai car seat ni so mummy dah kumpul duit nak beli Recaro ProSport Car Seat pulak untuk danish. Yang ini boleh guna sehingga umur 12 tahun! Tapi mungkin dia akan guna sampai umur 9 tahun je kot then dia guna seat belt je lah kan. 5-9 tahun akan guna Young Car Seat sebab nak dia tidur dengan selesa.


Itu pasal Car Seat. Pasal stroller pula danish memang di train since newborn juga. Kemana sahaja kami pergi kami akan gunakan stroller. Hingga dia berumur 4 tahun 2 bulan ni pun dia sendiri akan request nak stroller bila turun je dari kereta. Alhamdulillah Danish budak baik yang tak nakal bila berada di public area (shopping mall or open area). Dia sangat behave dalam stroller. Danish bukan jenis yang lari sana lari sini bila di shopping mall.








So parents semua, kita kena train anak-anak since newborn untuk guna baby car seat and baby stroller ni. Kena konsisten juga tau. Kalau tau mesti mereka tak suka duduk di dalam car seat and stroller. Good Luck mummies semua!



1 comment: