Friday, January 10, 2014

Tidur Malam Tanpa Diaper Lagi!!

Haa...rentetan entry Potty Training mummy yang lepas, kali ni mummy nak bagi tau yang mummy tgh training danish tidur malam tanpa diaper. Ketika ini umur danish 4 tahun 2 bulan.

5 Jan 2014: Jam 11 malam kami dah naik bilik untuk tider. Macam biasa danish pergi toilet and pee pee dulu. Then naik katil mummy pun nak pakaikan dia diaper tapi dia jawab :Mummy, nenek kata dah tak boleh pakai diaper kan...danish dah besar". Then mummy cakap "Takpe lah danish pakai je tapi jangan pee pee dalam diapers. Nak pee pee nanti kejutkan mummy or daddy bagi tau nak pee pee kat toilet ye". tapi dia beria-ia taknak pakai diaper. So mummy biarkan saja coz nanti dia dah tidur mummy pakaikan dia diaper juga :). 

Jam 2 pagi mummy terjaga and cek cadar tak basah. Dia tak pee pee lagi. So mummy pakaikan dia diaper. Danish terjaga and dalam keadaan separuh sedar tu mummy bisik kat dia "nak pee pee nanti kejutkan mummy. Kita pee pee kat toilet ye". Then dia angguk :)

6 jan 2014: Jam 7.00 pagi mummy kejutkan dia coz today 1st day school selepas cuti sekolah yang panjang. Alhamdulillah dia tak menangis bila mummy bagi tau hari ni dah start school. So dia excited sangat nak pergi school. Macam biasa kami turun downstairs dan buka CH616 coz sebelum pergi school normally dia akan tengok Oggy & the Cockroaches dulu sambil minum susu.

Oh yea hari ni mummy on leave sebab standby kot-kot dia mengamuk tak nak pergi school :) 7.30am macam biasa daddy bawak danish ke toilet and mandikan dia. Kami terkejut bila buka diaper dia and diaper dia kering! Yeayyyyy semalaman Danish tak pee pee :) Ist trial berjaya and paling best hari ni 1st day school untuk tahun 2014 ni!

So petang tu daddy belikan plastik alas meja untuk dijadikan alas tilam malam ni.

Jam 11 malam macam biasa danish pee pee dulu di toilet then terus naik katil tanpa pakai diaper. 2-3 kali juga mummy terjaga nak kejutkan danish ajak pee pee di toilet tetapi dia kata taknak pee pee. So mummy percaya lah sbb semalam dia langsung tak pee pee. Tapi jam 4 pagi mummy terjaga then tengok-tengok cadar and seluar danish dah basah....danish ter pee pee juga...nasib baik mummy dah letak plastik meja tu bawah cadar so hanya salin cadar je lah. Takde lah kena tilam. Tapi mummy tak marahkan dia. Mummy just kejutkan dia and ajak pergi toilet untuk pee pee and tukar seluar. Dia bangun dalam keadaan mengantuk then terus pergi toilet. Banyak juga dia pee pee di toilet. Maybe dia hanya terlepas sikit je kat cadar tu. Mummy bersihkan dia then tukar seluar tidur lain. Sebelum dia sambung tidur mummy pesan lagi " Danish jangan pee pee dalam seluar ok. Bangun and go to toilet ye". ok dia angguk.

7 Jan 2014: Jam 6 pagi mummy bangun untuk bersiap ke office. Mummy tengok dia masih belum pee pee. Kul 8 pagi selepas daddy hantar danish ke school mummy call daddy tanya ada tak danish ter pee pee lagi. Daddy cakap takde.

So malam ni kami cuba lagi tanpa diapers. Banyak kali juga mummy terjaga and kejutkan dia untuk pee pee di toilet tapi dia still cakap taknak pee pee. Ok mummy percayakan dia.....

8 Jan 2014: Mummy bangun jam 6 pagi untuk bersiap ke office dan alhamdulillah danish tak pee pee pun :) Malam ke-3 tanpa diaper juga berjaya!

9 Jan 2014: Yeayyy hari ni pun berjaya :) Mummy kejutkan dia bangun pee pee pun dia taknak.

10 Jan 2014: Alhamdulillah 5 malam danish tidur malam tanpa diaper and berjaya. Cuma 2nd night je dia terlepas sikit. Bangun hari ni pun dia tak pee pee even mummy kejutkan dia kul 3 pagi untuk pee pee di toilet, dia still refuse taknak pee pee. Maknanya pundi kencing dia kuat and dia mampu tahan kencing waktu tidur. 

ok mummies semua...mummy dah berjaya train Danish free diaper 100% (day & night). Hopefully mummies semua pun rajin mencuba :) Good Luck mummies xoxoxo

No comments:

Post a Comment