Thursday, May 22, 2014

It's A Girl! Alhamdulillah.

Hello guys!

3 bulan dah mummy tak post entry. Owh sangat busy dengan rutin baru bersama si kecil Armia Amanda. Yes nama baby mummy lah :) Jom mummy share pengalaman bersalin di Hospital Putrajaya..



Pengalaman Melahirkan Armia Amanda di Hospital Putrajaya (Doc Hazim)

Jumaat, 31 jan 2014

Siang tu mummy melepak di rumah aunty di Greenwood, Gombak. Saje ada family gathering sebab esok adik sepupu nak kahwin so kami lepak n makan2 lah. Takde pula tanda-tanda nak bersalin cuma malam semalam ada ,ild contraction. Mummy ingat Braxton Hicks. So malas nak layan. Dalam jam 6 petang macam tu Mummy pun balik la rumah mummy sebab nak iron baju untuk event wedding esok.

10.45 malam: Time ni Mummy tengah layan drama kat tv di ruang tamu then tiba-tiba Mummy rasa air suam keluar dari miss V. Cepat-cepat mummy bangun and berdiri atas lantai...maka air ketuban pun pecah n keluar dengan sangat banyak non-stop sampai mummy tak boleh bergerak ke toilet kat dapur. Danish nampak mummy berdiri sambil basah la baju kaftan mummy tu so dia kata :haaaa mummy kencing!" hehe..apa lagi dia pun dengan sekuat hati jerit bagi tau kat daddy dia ( time tu daddy kat luar rumah tangah borak-borak dengan jiran) "Daddyyyyyy Mummy kencing atas lantaiiiiiiiii". hahaha kononnya dia nak suruh daddy marah mummy sebab kencing dalam seluar macam mummy selalu marah dia sebab tahan kencing and terkencing dalam seluar! :P Daddy pun macam dah dapat agak signal tu so cepat-cepat masuk rumah and suruh mummy bersiap nak hantar Danish ke rumah babysitter dia. Mummy pun mandi and tukar baju dulu...tapi time ni tak rasa sakit apa pun.

11.00 malam: Baru masuk kereta then tiba-tiba mummy dah mula rasa contraction...agak kuat...tetiba je kan...tapi bila daddy tanya sakit tak, mummy just cakap sakit sikit je...takpe...hehe mummy taknak kasi daddy gabra nanti laju n kelam kabut plak dia bawak kereta.

11.30 malam: Sampai rumah babysitter Danish pulak mengamuk nak ikut mummy pergi hospital...dia kata nak tengok baby keluar...hmmm 1-2 jugak lah berdrama dengan dia kat rumah babysitter tu. Then lepas babysitter pujuk dia n ok so kami pun bergerak menuju Guthrie Highway utk keluar ke NKVE dan terus ke Hospital Putrajaya...Sepanjang perjalanan mummy rasa sakit yang teramat sangat dah sebenarnya tapi mummy bagi tau daddy sakit sikit je setiap kali contraction datang sbb daddy dah mcm panic! Dia takut mummy bersalin dalam kereta! hahahah. Contraction makin kerap dah time ni and every 1 minute dah.

12.00 tgh malam: Kami pun sampai di hospital..haaa laju tak daddy bawak? dari Paya Jaras ke Hospital Putrajaya cuma 30 minit je ok! Alhamdulillah sampai terus dapat parking. Tapi bila nak turun dari kereta mummy dah tak mampu nak berjalan. Sakit ya rabbi! Mummy jalan 5-6 langkah then stop sekejap sbb contraction datang..kemudian sambung jalan 5-6 langkah contraction datang balik..tp nasib baik dah sampai kaunter wad bersalin. Parking pun betul2 berdepan dengan pintu masuk wad bersalin...rezeki... Nurse nampak mummy sakit sangat then terus suruh masuk bilik untuk cek bukaan. Nurse cek baru 3cm katanya.

12.20 tgh malam: So mummy rest atas katil...tapi takda maknanya nak rest. selang 30 saat contraction paling sakit dah datang!! Ya Allah...tuhan je tau mcmana mummy tanggung sakit itu! Sehingga mulut dan badan mummy menggigil menahan sakit. Sampai mummy tak boleh control menggigil tu. Dia automatic menggigil setiap kali contraction datang. Airmata jangan cakap la...berjurai-jurai keluar sebab menahan sakit tu. Tapi mummy nangis dalam sopan tau. tak keluar suara pun :) teheeee.

Doc Indian datang then dia tengok bacaan kat screen tu dia kata " u dah sakit sangat ni, Jom masuk labour room" hmmm x tau la bacaan apa keluar kat screen tu sampai Doc tau mummy tengah tanggung kesakitan yang teramat sangat. Ada skala sakit ke ek kat screen??? On the way ke labour room mummy terdengar nurse cakap "macamana ni, bilik semua full malam ni". Owh mummy dah cuak..alamak takde bilik ke? Pastu ada sorang lagi cakap "takpe patient ni FPP scheme so bilik mesti ada"...Haaa lega mummy dengar. See...nasib baik mummy ambil FPP scheme time pregnant dulu kan..igt lagi tak FPP Scheme yang mummy pernah buat entry dulu?

Sabtu, 1 Feb 2014 (Hari Wilayah Persekutuan & Chinese New Year)

1.00 pagi: Dalam Labour room tu Doc Indian cakap "Kita tunggu Doc Hazim ye..he's coming. Dia akan handle u but if u rasa dah nak teran juz let me know". Beberapa minit lepas tu Doc Hazim masuk and cek mummy..Mummy pulak dah serba tak kena sebab sakit yang teramat..Daddy hanya mampu tgk kesakitan mummy sambil usap kepala mummy and cakap...sabarlah.....Doc Hazim suruh mummy sedut gas. Dia kata gas ni boleh hilangkan rasa sakit mummy and mummy  tak penat tahan sakit sebab perlukan energy untuk push baby keluar nanti. So mummy sedut tapi mummy rasa pening macam nak pengsan. Then mummy stop sedut. Tapi betul memang tak rasa sakit sangat dah but tetiba rasa macam nak teran...

1.17 pagi: Owhhh rasa nak teran sangat-sangat dah so mummy pun push sekali...then sekali lagi mummy push...uweekkkkkkkkk....... hehe lahir lah princess mummy yang mummy tunggu-tunggu...awal 3 hari dari EDD (4 Feb 2014). Saat baby keluar je terus hilang semua sakit...Doc Hazim letak baby atas perut mummy then mummy peluk. hmmmm wangi sangat macam bau bedak baby Johnson! Orang tua-tua kata bau syurga....hmmm wanginya.....

Nurse pun amik baby and daddy ikut untuk iqamatkan. Doc Hazim pun terus lakukan procedure keluarkan uri..owh time ni rasa macam nak bersalin lagi sebab bila Doc Hazim tarik keluarkan uri rasa macam mild contraction. Tapi tak lama dalam 15 saat je sakit tu kemudian bila habis uri keluar dah tak sakit. Then Doc Hazim mula la menjahhit...owh time ni mummy trauma bila teringat sakitnya jahit time lahirkan danish 4 tahun lepas..time tu nurse yang jahit. But this time doktor pakar jahitkan sendiri harap2 tak sakit. Tapi alhamdulillah...mummy tak rasa sakit langsung sepanjang Doc Hazim jahit Miss V tu. Mummy siap nak terlelap tidur sebab penat and mengantuk sangat...ye la tak tidur lagi ok! Doc Hazim cakap jahit sikit je sebab tak banyak koyak. Alhamdulillah...

Dalam jam 3 pagi tu mummy and baby dah dihantar ke wad. Tapi sepanjang mummy menunggu dalam labour room tu untuk di hantar ke wad. Ada la 3-4 kali mummy dengar Doc and nurse di labour room sebelah, depan and sekitar itu buat 'countdown' "10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..pushhhhhhhhhhhhh" owhhhh fobianye...mummy tau mummies yang sedang bertarung di labour room tersebut sedang menanggung sakit teramat sangat demi melahirkan zuriat mereka...ya Allah...besar betul pengorbanan seorang ibu dan isteri demi melahirkan waris zuriat mu wahai lelaki yang bernama SUAMI! Tak tergambar sakitnya CONTRACTION itu dan sangat sakitnya saat PUSH untuk keluarkan baby...inilah ibu segala sakit di dunia wahai sang suami....

Bila mummy naik di bilik Wad Executive mummy...owhhhh nyamannya...(sorry takde gambar sbb tak terpikir nak snap pic. Penat sangat dan mengantuk..juga excited dengan kehadiran newborn baby ) masa untuk mummy berehat. Bilik sangat selasa dan yang penting toilet di bilik executive ini sangat bersih dan siap ada water heater...selasa la untuk seharian di sini...tapi apa pun rumah kita lagi selesa kan?

Ini lah puteri mummy yang sangat mummy cintai :)

Fresh from oven :)
8 hours old!
Berat 3.55kg

Ni di minggu pertama di dunia ini!

weeee dah botak! haa bila botak ni dah rupa abangnya time kecik dulu kan?
Kiri ni Abg Danish time dalam pantang.
Kanan ni pula Armia Amanda dalam pantang juga.

Ni umur Amanda ketika 2 bulan.
Berat dah 6.2kg!
Haa naik 2.65kg dalam masa sebulan...berkat exclusive breastfeed.

Abang?? Hmmm dia memang sayang sangat adiknya tu.
Hampir setiap masa di ciumnya sampai adik tengah tidur pun terjaga sebab abg cium je...
Alhamdulillah...mummy sentiasa pesan dekat Danish supaya sentiasa jaga dan sayang adiknya sebab ni je satu-satunya adik yang dia ada...wink wink




Si bambam mummy ketika umur 3 bulan!
Berat 7kg.
Kali ni naik tak banyak sangat sebab dia dah start meniarap ketika berumur 63 days (haa cepat kan?) and active sangat.

Ni ketika majlis akikah Amanda 2 months old!
Maka lengkaplah keluarga kecil mummy...
Alhamdulillah..



Ini pula bill FPP di Hospital Putrajaya untuk mummy yang bersalin secara Spontaneous Vaginal Delivery (SVD). So untuk mummy yang plan nak ambil scheme FPP ni dah boleh buat anggaran lah ye...but this is for SVD (bersalin secara normal). Dan mummy pun stay kat hospital tu sehari je...petang jam 2.30 ptg dah discharge. Total RM 1633.20.