Friday, December 27, 2013

Swimming Lesson for Infant

Nak anak-anak berani berenang? Mummy tak hantar Danish ke swimming class pun coz time danish infant/baby tiada orang pun sanggup ambil danish...Di KL ni mummy dah call ramai private coach tapi bila bagi tau anak baru 3 months old...semua tolak taknak ambil. So mummy pun dengan initiative sendiri mulakan 1st step dengan belikan Danish armbands and swimming trunk :) Ketika ni umur Danish baru 4 months old! Mummy biasakan dia dengan air dulu dalam 10-15 minutes je sbb dia masih baby...Beli je swimming pool yang kat tesco tu :)

4 months old


4 months old

Ketika umur dia genap 1 year so mummy bawa dia masuk Swimming Pool untuk adult. Mummy tak guna kid pool sebab air cetek. Adult pool kita boleh buat dia floating dengan menggunakan armbands ni. Oleh kerana dia dah biasa dengan pool yang beli kat tesco tu so Danish agak confident bila sesekali mummy lepaskan dia floating sendiri :) Danish sangat happy! Lagipun time ni dia dah boleh berjalan. Danish start berjalan sepenuhnya ketika umur 10 months.




1 year old

Selama 9 bulan juga mummy train Danish menggunakan armbands. Ni untuk buat dia lebih confident bila masuk pool terutama adult pool. Mummy tak pernah bagi dia gunakan kid pool. So ketika umur dia 1 year 9 months dia dah pandai terjun pool sendiri and bebas dari tangan mummy :) Ni gambar ketika umur 1 year 9 months. Ketika ni dia suka buat aksi terjun! Tengok link ni https://www.facebook.com/photo.php?v=2232288820352&set=vb.1641856355&type=3&theater

1 year 9 months old

his favorite "aksi terjun"


1 year 9 months old





Bawah ni pula gambar ketika umur Danish 3 years 7 months! Dia takkan masuk kid pool sebab mummy dah biasakan dia dengan adult pool. Danish gemoksss :)





Time ni umur danish genap 4 tahun!

dah pandai swimming style macam ni :)


Farm In The City

Entry kali ni pasal pengalaman Danish Darwish di Farm In The City (FITC). Mummy Daddy bawak Danish pada 21/12/13 lepas. Walaupun school holiday tapi tak crowded sebab maybe ramai tak tau pasal FITC ni. Kami tau pun sebab field trip Q-Dess dulu pergi ke sini so balik dari field trip aritu Danish seronok bercerita yang dia tangkap fish...kejar rabbit n etc. So we decided to bring him again. Dari status update mummy di FB, ramai yang tak tau kat mana sebenarnya Farm In The City ni. Ni details lokasi tersebut:


Address: Jalan Prima Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Phone: +60 3-8941 2099
Hours: Friday 10:00 am – 6:00 pm

Dia berhampiran dengan Pasar Borong Selangor kat LDP tu....Entrance Fee for Adult is RM30 and Child RM25. Tapi sangat puas hati sebab makanan untuk kita bagi makan pada haiwan dalam tu semua free. Tak macam Zoo Negara kita kena beli tebu untuk bagi gajah makan kan? Haa kat sini Danish bagi makan ikan and Pelican 2 kali and makanan ikan dalam bekas tu banyak gila! Begitu juga dengan arnab.

Antara animals yang ada di sana ialah:

Kura-kura gergasi

Pelican

Pony

hehehe lupa lah nama dia :)

Iguana ni dia lepas berjalan macam tu je...



Apa ni ye?

haaa Iguana ni slamber je tidur atas pokok ni. Yang bestnya kami berdiri bawah pokok tu then Daddy cakap cuba pandang atas :) hahaha baru perasa iguana atas kepala. Bayangkan kalau tetiba dia jatuh atas kepala mummy??? 

Ostrich

Yang mummy suka bawa Danish ke sini is semua animals dilepaskan bebas. So danish apa lagi....kejar and tangkap la semua animals kat situ. Danish pernah 3 kali ke Zoo Negara tapi dia tak suka :) Berbeza di sini, bukan main excited dia!

Aktiviti menangkap ikan!



Berpeluh Danish duk kejar rabbit :)



Danish cakap "Mummy..rabbit ada tulang la...susah nak angkat" hahaha


Bagi baby rabbit makan

Bagi dear makan. Tapi Danish agak takut sket :)



Overall memang best FITC ni. Tapi mummy penat sangat sebab berjalan agak jauh coz tempat ni boleh tahan juga. Lagi pun time ni mummy dah 34 weeks pregnant :) Nak cakap FITC ni besar sangat tak juga tapi dia sedikit berbukit. Ada yang kena turun tangga n naik balik tangga untuk tengok Ostrich, Cow and Herbs.

Banyak lagi aktiviti danish yang mummy tak capture gambar such as bagi ikan and pelican makan di tasik sebab battery hp low :) Ni beberapa picture yang sempat diambil...







Peacock





Tuesday, December 17, 2013

Universal Studio Singapore (USS)

Entry kali ni nak review pasal USS Singapore yang kami pergi pada 28 March 2013 lepas. Kami pergi Singapore selama 4 days (27-30 March 2013) time cuti sekolah aritu. Saje mummy bawak Danish jalan-jalan sebelum register dia masuk Q-Dees bulan April. Lagipun lepas ni mungkin lama takkan bawak danish pergi makan angin sebab mummy planning nak bagi dia adik :) So kena tunggu baby keluar dulu lah baru dia dapat pergi jalan-jalan macam ni lagi kan? hehehe

November 2011 kami pernah bawa Danish ke Singapore, tapi time tu dia baru 2 tahun so tak bawa la dia pergi USS. Ni gambar Danish time 2 tahun di Singapore..Danish sangat kurus time ni :)









Since tahun 2010 yang pergi Europe Trip aritu sampai lah sekarang dia tak pernah lagi naik flight. Almost 3 years lah and dia pun tak ingat pasal naik flight tu kan. So seminggu sebelum kami ke Singapore tu mummy terlepas cakap yang kita akan naik aeroplane. So since that everydat tanya "Mummy bila nak naik aeroplane..." everyday tanya ok then rumah kami pulak laluan aeroplane sebab dekat dengan Subang Airport so setiap kali nampak aeroplane di langit rumah kami setiap kali tu lah merengek nak naik! huhuhuh terpaksalah mummy cakap tangga aeroplane belum siap lagi so kita kena tunggu uncle siapkan tangga tu then baru boleh naik aeroplane :P

So tanggal 27 Mac 2013 kami pun bersiap dan semestinya Danish paling excited!

di LCCT

Cabaran lagi sekali bila di Departure Hall LCCT! Aeroplane depan mata kan so 30 minit menunggu tu umpama 30 jam menjawab persoalan Danish.."Mummy kenapa tak boleh lagi naik aeroplane? Kenapa lambat sangat? Tu tangga dah ada tu..." hukhuk mummy nak nangis plak sebab dia tak habis-habis merengek :P

Then finally masa yang ditunggu telah tiba....


Then dalam flight pula bila aeroplane ni bergerak untuk bersedia to take off keluar pula soalan dari Danish..."Mummy...kenapa aeroplane ni jalannnn je...tak terbang pun.." hahaha so mummy pun jawab "Aeroplane kena jalan dulu sebelum dia terbang..kejap lagi dia makin laju then terbang lah". Then bila dah take off bukan main happy lagi anank mum ni :)

Lebih kurang 1 jam kami pun sampai di Changi Airport, Singapore. Kami ambil taxi terus menuju ke hotel kami. Hotel 81 Dickson terletak Dickson Street. Kami booking hotel ni time Matta Fair bulan Mac sekali dengan ticket USS. Harga Hotel 81 Dickson ni RM270 per nite.

Trip kali ni mummy bawa sekali babysitter Danish bersama suaminya dan 2 orang anaknya. Reward for them sebab menjaga dan menyayangi Danish seperti cucu dan adik mereka sendiri. Danish sangat rapat dengan mereka. Alhamdulillah rezeki kami dikurniakan babysitter yang baik begitu juga keluarganya. Danish panggil babysitter tersebut Nenek, suaminya Atok dan anak-anak mereka danish panggil dengan panggilan Ucu, Pakcik, Pakjang, Pakngah and Paklong. Mereka sayang danish macam adik sendiri. Danish apa lagi...manja sangat lah dengan mereka. Mummy pun bawak Mom and Dad sekali. So Mummy booked 3 bilik. Tapi Mom & Dad tak naik flight bersama kami sebab mereka di Johor Baharu so kami jumpa mereka terus di hotel

Di Matta Fair ticket USS ni price dia RM170 (Adult) termasuk sekali dengan meal voucher $10 Sin Dollar. Danish masuk free sebab baru 3 tahun kalau ikut bulan kelahiran.

28 Mac 2013: Ready to Universal Studio Singapore!! Dari hotel ke USS kami naik MRT berhampiran hotel then change train di VivoCity terus ke Sentosa Island. Gate USS buka jam 10.00am so kami tiba 10 minit awal. Ni gambar-gambar dalam USS dari 10.00am hingga 6.30pm. Penat tau!



Ni lah keluarga babysitter Danish :)


Danish penat sangat sampai tertidur :)





Atok (suami babysitter) yang rajin melayan karenah Danish


Kiri sekali my Dad & My Mom






Transformers The Ride ni memang recommended! Best sangattttttt! real ok! Nak tau best macamana??? haaa kena pergi and naik sebab tiada kata-kata boleh describe best dia tu macamana :)




29 Mac 2013: Hari ni kami menghabiskan masa untuk shopping di Orchard Road sahaja. Branded perfume murah sangat tau. Kami borong di Lucky Plaza and its original ok. Mummy tau la sebab mummy ni peminat perfume :)






Ni lah hasil tangkapan kami di Lucky Plaza. 30 March (ahad) kami pun terbang pulang ke Kuala Lumpur. Overall USS memang terbaik dan best sangat-sangat. Next destination is Legoland Malaysia pulak ok :) Bila???? Hmmm lepas baby mummy keluar lah. Insha allah mummy nak bawak Danish cuti sekolah bulan March 2014 pulak. Genap setahun lah lepas pergi USS kan :) Kena kumpul duit sebab nak tido Legoland Hotel yang mummy google RM1k per nite (including tax). So kami nak stay 2 nite...Jom tengok sikit gambar Legolan Hotel yang mummy nak bawak Danish tu.....Mummy choose Premium Kingdom Themed!

 



Ok jumpa di entry Legoland Malaysia pulak ye nanti :)