Thursday, December 12, 2013

PART 1 (London): Europe Vacation 2010 (London+Germany+Switzerland+Monaco+Venice+Paris)

Dah 3 tahun Europe Vacation kami ni tapi baru hari ni mummy buat entry pasal ni. Sebab baru hari ni terbuka pintu hati nak buat entry pasal Europe :) Jom throwback!!!!!!

Vacation kami ni disertai oleh Emak, Ayah, Adik-adik dan Adik Ipar. Semua 9 orang dalam trip ni termasuk Danish Darwish yang ketika itu baru masuk 7 bulan. Tapi mak dan ayah dah pergi seminggu awal ke London so mereka tunggu kami di sana.

28 May 2010: Flight kami jam 2.30 pagi menggunakan Qatar Airways. Kami sampai KLIA jam 12am dan danish agak blur sebab normally kul 8.00pm dia dah tido. Tapi kami angkut dia tengah tido and sampai je KLIA dia terjaga. Nampak dia macam pelik sebab mesti dia tertanya kenapa ramai sangat orang kat sini :) Alhamdulillah dia tak buat perangai. 2.30am kami take off.

7 jam dalam flight semuanya ok sebelum kami transit di Doha. Cuma danish kadang-kadang meragam. Maybe dia penat tidor atas pangkuan mummy sebab kami tak dapat baby bassinet walaupun kami dah request upon ticket confirmation. Katanya ada masalah teknikal. Kesian jugak danish but dia tido juga la sepanjang 7 jam tu.

4.30am (local time) kami tiba di Doha Airport. Mak ai...panas betul kat sana macam tengah hari! Dah la dari aeroplane nak ke airport terminal dia kena beratur naik shuttle bus. Dengan ramainya manusia and panas lagi. Danish dah start menangis sebab memang sangat panas. Kami transit 4 jam di departure terminal. Sempat la kami wash up danish n biarkan danish bermain. Cuma satu je, toilet dia exactly macam toilet Malaysia. Kotor! Air dalam toilet pun ya ampun....panas! Macam pakai water heater. Setelah berehat di Doha Airport selama 4 jam kami meneruskan perjalanan yang berbaki lagi 7 jam ke Heathrow Airport.

LONDON

28 May 2010, 8.30am (local time): Alhamdulillah kami selamat tiba di Heathrow Airport! My mom and dad sudah menanti kami di Arrival Hall :) Yang best di immigration check point mereka is group yang ada baby diberi special lane tanpa perlu beratur panjang. So kami hanya spent 5 minutes untuk sesi soal jawab mereka. Officer just tanya datang London untuk apa...stay di mana...and beberapa soalan yang dah tak ingat :P kemudia kami semua lepas.
Ni gambar-gambar terawal bila kaki kami berpijak di Heathrow Airport.









Setelah settle di airport kami menaiki London Underground ke Bayswater di mana hotel kami akan menginap.


Danish bersama atuk dalam London Underground

About 30 minutes juga nak sampai ke Bayswater sebab kami kena tukar train. So sampai sahaja di bayswater kami nampak ini!!!

 Ini bukti kami di London :)

Seperti tajuk artikel Majalah Mingguan Wanita 20-26 January 2012 ni :)

3 days di London kami sempat pergi City of Westminster, Cambridge, Bicester Village seperti gambar tersebut. Biarlah gambar yang menceritakan ye :)

Kami stay di hotel ni. Kat Hydepark. Beberapa block from Bayswater.

Salah sebuah bilik di aprtment ni. RM500 per night. Ada 2 bilik and Kitchen


Tengah tunggu Underground untuk ke London town (City of Westminster)


Tower Bridge, London


Palace of Westminster

Danish naik cruise for sightseeing...boleh nampak Big Ben and London Eye

Trafalgar Square. Ni depan bangunan Tourism Malaysia

Semua tempat ni ada dalam Monopoly kan? Ni bus route map.

Habis shopping di Primark, Oxford Street. Oxford Street tempat shopping paling best coz banyak branded butik sepanjang jalan ni.

Nampak tak Big Ben belakang tu???

di Oxford Street

London Eye

Oxford Sreet

Whitleys ni tempat paling best shopping perfume! Branded perfume murah gila-gila so kami pun memborong la. Ni cuaca di awal jam 6.30 pagi di Bayswater ye :)


Depan Westminster Abbey. Haa ni lah tempat Kate & Prince William berkahwin!

Ni lah Westminster Abbey

Buckingham Palace. The official London residence and principal workplace of the British monarch.

Pengawal di Buckingham Palace



Tourism Malaysia yang terletak di Trafalgar Square

Palace of Westminster. The meeting place of the House of Commons and the House of Lords, the two houses of the Parliament of the United Kingdom



Ni pula di Cambridge

Cambridge lagi...cantikkan view dia?



ye...ni lah University of Cambridge! Doa sangat2 supaya Danish further study di sini!

University of Cambridge


Swan at Hyde Park

Di Bicester Village branded item memang murah time ni sebab kebetulan ni time Summer Sale. So mummy sambar lah handbag DKNY ni :)

Bicester Village

Bicester Village. Danish kepenatan....

Ni lah MPV yang kami seramai 8 Adult 1 Infant guna sepanjang di London. Boleh sumbat 5 travelling Bag n Stroller tau :)

30 May 2010 (3rd day): Kami tiba di London Stansted Airport selepas bershopping di Bicester Village untuk ke next country. Next country yang kami akan pergi is Germany! Kami menggunakan Ryanair iaitu low cost flight. Ryanair ni macam Air Asia lah. Kami booked awal via online and guest what?? Fare from Stansted Airport to Frankfurt Airport hanya 6 pound (RM30). Tapi biasalah...dah nama pun low cost carrier kan so everything terlebih dia akan charge. Bila dah banyak shopping di Bicester Village tu mula lah beg masing-masing terlebih berat :P so kami pun punggah balik la beg kami and tumpang beg family yang tak terlebih berat lagi. hehehe..Check-in pun kena online, if tak mereka akan charge :) Flight kami esok pagi (1 June) jam 7.30 pagi. So disebabkan takut terlepas flight maka kami decided bermalam di Stansted Airport tula. Haaa ni la pengalaman yang kami takkan lupakan :) Masing-masing baring atas kerusi :) tapi Danish paling selesa, dia tidur dalam stroller dia lah. Tapi my mom tak tidur sebab dia risaukan cucunya tu kena kidnap! hahaha my mom cakap dia tengok semua tidur nyenyak so dia risau takut ada orang datang tolak stroller danish and bawak danish lari! hahaha tapi betul jugak kan? 

1 June 2010 (4th day): 6.30am kami dah check-in. Tapi dalam group flight ni kami paling lambat melepasi security check point mereka sebab dalam beg susu Danish ada air panas n keperluan susu. So officer tu banyak songeh...suruh minum la air panas tu (konon takut racun or acid kot) and macam-macam lagi. So kami paling last masuk aircraft tu ok! Aircraft tu hanya tunggu kami untuk take off :) hahaha macam VIP pulak rasa. Masuk aircraft je selesai pakai seat belt terus Ryanair tu take off :) bye bye London....Jumpa pada 8 June pula ye untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur!

Tuesday, December 10, 2013

Happy 4th Birthday My Danish Darwish

13 Oct 2013 lepas kami celebrate birthday danish di rumah kakak coz danish and cousin nya lahir beza 8 hari je. Arissa Reyhana 15 Oct 2009 and Danish Darwish 23 Oct 2009. Mereka sangat happy and sedara mara pun ramai yang hadir. Kami buat BBQ juga. So ni gambar birthday boy & birthday girl.







Monday, December 9, 2013

Q-Dees Kindergarten

Hari ni mummy tak banyak kerja di office so masa yang ada ni sibuk nak update blog yang terbengkalai ni. Memandangkan tinggal lagi 3 weeks before school bermula bagi sesi 2014 so mesti ramai parents tgh survey school yang terbaik untuk anak especially yang baru 4 tahun kan?

Kindergarten apa yang sesuai untuk anak kita? Mummy pun tak arif sangat tapi pengalaman hantar Danish ke Q-Dees boleh dikatakan semuanya baik dan elok belaka. Mum just hantar Q-Dees Saujana Utama sebab dekat dengan rumah since daddy pun mengajar petang so daddy lah hantar danish ke school jam 8.15 am then pick him up at 11.30 am (sepatutnya school tamat jam 11.45am but daddy kena amik cepat coz nak hantar danish ke rumah babysitter pula).

Mummy start hantar danish pada bulan April 2013 sebab time ni mummy rasa dia dah besar sikit kot. Danish lahir pada 23 Oct 2009 so kalau hantar sesi Jan 2013 umur dia baru 3 years 2 months ang bagi mummy terlalu kecil untuk dia belajar dalam class 4 years old. Bulan april at least dia dah 3 years 5 months.

1st day mummy tinggalkan dia di Q-Dees okay sebab mummy balik senyap-senyap but time amik tu dia nampak je mummy terus menangis. Teacher ckp dia paranoid tgk ramai friends (babysitter jaga dia sorang je) n setiap kali teringat mummy dia akan nangis then tak berenggang daripada teacher. Tapi memang kesian tgk dia especially 2nd day time kami hantar dia. Menangis dan meronta-ronta tak bagi kami tinggalkan dia di school sampai principal pun jatuh terduduk pegang dia dari meronta tu. Dalam kereta on the way balik, mummy n daddy diam tak bercakap sbb kami sedih sangat2 tinggalkan dia dalam keadaan mcm tu :( memang tak sampai hati tapi kami kuatkan hati sebab nak dia bersosial...almaklumlah babysitter jaga dia sorang je n kat rumah jarang bercampur dengan anak-anak jiran sebab weekdays dia sampai rumah jam 7.45pm and weekend biasanya kami keluar shopping and sometimes pergi rumah mak di Putrajaya. So masa untuk dia bersosial sgt limited.

Selama 1 week dia akan menangis bila bangun tido sebab taknak pergi school then masuk 2nd week dia dah mula ok...hanya drama sikit di pagi hari such as nak char kuew teow la sblm pergi school ;) . In 3rd week dah ok sepenuhnya...lega hati kami. bangun tidur n pergi school pun senang. Dah boleh bye bye daddy dah :)

Progress dia selama 7 bulan di Q-Dees agak bagus...tapi sebelum masuk Q-Dees danish memang dah kenal colors, shapes, A-Z and 1-10 sebab dia suka tengok youtube cartoon train di link tersebut since 1 year old.

Di link diatas dia banyak belajar shapes, numbers, colors and alphabet. So teacher pun cakap danish dah banyak mengenal. Cuba tgk link ni utk tau progress reading danish :) http://www.youtube.com/watch?v=QfybEgN7pjU

Video tu diambil selepas 6 months with Q-Dees Saujana Utama. Aktiviti yang mereka buat pun banyak such as field trip di Farm In The City. Tgk tu danish nombor 2 dari depan. Bukan main lagi duk menangkap ikan :)

Field Trip at Farm In The City

Ni pula aktiviti cara membersih tangan bersama Dettol. Since daripada program ni danish start basuh tangan sendiri guna dettol dengan cara yang betul. Kami pun sentiasa sediakan liquid dettol hand soap tu di bathroom.




Raya Celebration 2013




Q-Dees Annual Concert







 Children's Day

Lagi satu kebaikan di Q-Dees Saujana Utama is teachers mereka akan bukakan sendiri pintu kereta time drop off and pick up bagi memastikan keselamatan dan penjaga yang betul mengambil anak-anak di Q-Dees Saujana Utama. So nak tau School Fee 2014? Ni dia...tapi ni untuk Q-Dees Saujana Utama sahaja. Yuran setiap Q-Dees berbeza but boleh dijadikan anggaran la...lebih kurang macam ni juga la harga dia. Tapi Q-Dees Saujana Utama tiada daycare coz Principal dia cakap sepatutnya Kindergarten and daycare tak boleh gunakan premis yang sama if ikut peraturan kerajaan and JKM. So ni yuran selama 3 jam sahaja dari jam 8.30-11.45 am. Tapi dah boleh start hantar anak dari jam 7.00 pagi rasanya.



RM 1104 ni tak termasuk Uniform & Gymwear sebab danish student lama. Untuk student baru kena tambah la optionals tu. Ni yuran tahunan yang perlu dibayar upon registration ye. Untuk monthly fee pula seperti di bawah.


Once dah bayar RM1104 tu then next payment is bulan Feb RM250. Cuma bulan June kena bayar RM620 coz new term. Mereka tukar and guna buku baru. Sebelum ni (2013) every 3 month (Mac, June & Sept) yuran RM300++ coz new term tapi next year (2014) mereka kumpulkan sekali fee tersebut ke bulan June.

So now dah boleh buat kira-kira lah kan mana nak hantar anak-anak. Macam kami monthly spend RM500 (Q-Dees + Babysitter). Belum campur ASB dan insurance Medical Card Prudential lagi untuk danish :) Opps pasal Medical Card untuk anak-anak mummy akan story di next entry ye :)

POTTY TRAINING

Assalamualaikum...


Hari ni mummy nak share tentang Potty Training. Orang kata anak lelaki lagi lambat daripada anak perempuan untuk start Potty Train kan? Based on my experience memang anak lelaki mum lambat ready for that compared sepupu perempuan dia yang beza umur 8 hari dari dia. Anak mum, Danish Darwish start potty training pada usia 3 tahun 4 bulan.

Mummy pernah try potty train time dia umur 3 tahun tapi time tu mummy tak berjaya sebab cepat give up. mana taknya, setiap 5 minit bawak dia pergi toilet then memang dia kencing but ada masa dia tak kencing. Yang tak laratnya lepas keluar toilet after kencing pun dia akan kencing lagi dalam seluar. So memamg banyak kali tukar seluar dia dlm 1 hari tu...5-6 helai. Walaupun dah ajar "Danish kalau rasa nak pee pee bagi tau mummy ok. Kita pee pee dalam toilet". Tapi yang jadinya selepas dia pee pee dalam seluar baru dia bagi tau "Mummy...danish pee pee!". huhuu...sometimes kena mengelap juga lah lantai..Mummy try 2 days je (weekend) then mummy gave up! hehehe

3 tahun 4 bulan: Alhamdulillah babysitter banyak membantu. Babysitter yang start dulu sebenarnya. Nama dia Makcik Ida :). Makcik Ida start tak pakaikan dia diaper time nap petang. Adakalanya memang Danish terlepas jugak la time nap tu. Day time pun tak pakaikan jugak. Pada masa ni bila keluar jalan2 n shopping memang mummy pakaikan diaper. Tapi cara ni buatkan Danish confuse. Dia akan tanya "mummy bleh pee pee dalam diaper tak?" Since daripada itu mummy realised dia dah tau n ready for free diaper.

3 tahun 6 bulan: Danish dah free diaper :) Kebetulan time ni mummy dah start hantar dia ke Q-Dees kindergarten. Haa...banyak drama time ni...nanti mummy share pula pasal 1st week di Q-Dees :). Lagi sekali teachers Q-Dees banyak membantu dalam potty training ni juga. Ada juga 2-3 kali dia terlepas sbb 1st week ni dia masih paranoid di Q-Dees. Tapi teachers cakap maybe dia masih malu n takut nak bagi tau. Pada umur ni keluar shopping pun mummy dah tak pakaikan dia diaper. Tapi kena kerap tanya dia nak pee pee ke tak. Kadang2 dia akan jawab taknak tapi bila mum bawa dia ke toilet mmg dia akan pee pee :) so every 2 hours di shopping complex mummy akan bawa dia ke toilet sebab time ni dia dah pandai tahan. Tak macam umur dia 3 tahun tu yang mana walaupun baru 5 minit pee pee di toilet dia akan pee pee lagi dlm pant sbb dia dah terbiasa pee pee all the time dlm diaper n tak pandai tahan lagi.

Haaa....tu baru pasal pee pee....belum poo poo lagi :) Poo poo pun ada drama tau! Time umur 3 tahun 4 bulan tu dia just nak poo poo dalam diaper. Kalau tak dia akan tahan n kesian tengok dia...mummy pun tak sampai hati so mummy pakaikan diaper untuk poo poo. Tapi sebulan je sbb makcik ida train dia slow-slow poo poo di toilet. hmmm tapi bukan dalam toilet bowl...di atas lantai. Sebab dia takut gunakan toilet bowl. So disebabkan dah ada 1 step di situ kami bagi je dia poo poo atas lantai toilet sebab taknak push dia sangat. Selama 6 bulan memang dia poo poo atas lantai la (3y 4m-3y 10m). Kami amik poo poo dia guna plastik la kan...then buang dalam toilet bowl! hahaha kena kreatif lah :P 

Raya 2013! Permulaan bagi dia start poo poo di toilet bowl. Balik raya di kampung kami stay rumah uncle di Kuantan. Rumah dia pakai bowl cangkung tu. Danish selesa guna bowl tu sebab konsepnya masih "mencangkung di atas lantai". Begitu juga balik kampung tokma di Marang, Terengganu. Dia masih guna bowl cangkung tu untuk poo poo. So this time senang kerja mum. Tak payah pakai plastik lagi nak buang poo poo dia. Just flash je! 1 week juga dia guna bowl cangkung tu.

Pada 14 Aug 2013 kami balik rumah di Saujana Utama. Malam tu di rumah dia kata nak poo poo. Rumah kami tiada bowl cangkung. ..semua bowl jenis duduk. So mummy tak expect dia akan guna bowl tu. Mummy dah ready plastik coz ingat dia akan poo poo di atas lantai. Amazingly tanpa disuruh dia naik atas bowl then duduk macam ni...

hahaha dia marah mummy snap pic :)

Yeayyyy anak lelaki mum dah ready sepenuhnya! So di usia 3 tahun 10 bulan dia dah pee pee and poo poo secara normal :) no more diapers n lantai for poo poo..hehehehe.

Moral of the story:
  1. Parents and babysitter kena memainkan peranan dalam potty training ni...kena rajin. Jangan malas n cepat give up macam mum :P
  2. Anak pun kita jangan terlalu push n paksa dia. Jangan marah bila dia terkencing atau banyak songeh nak poo poo macammana. Just ikut je dulu cara dia sebab bila dia dah betul2 ready dengan sendirinya dia akan willing to do it by himself.
TAPI........................satu lagi belum berjaya and mum tak pernah cuba :P tidur malam masih pakai diaper okay! Bukan dia taknak tapi mum langsung tak cuba. Terukkan? Sebab mum tgk bangun pagi je penuh diaper dia...banyak sgt dia pee pee time tidur malam. Mummy yang tak ready sebenarnya sbb malas nak basuh tilam or kerap tukar cadar time weekdays. Orang kata alas dengan plastik di tilam kan tapi mummy tak berusaha mencuba lagi...okay mummy akan try time dalam pantang nanti sbb tak kerja kan...so boleh tukar cadar setiap hari :) Wish me luck!!

Konsep Homestay

Kali ni mummy nak share tentang konsep Homestay yang selama ini masyarakat di Malaysia telah menyalahanggap erti konsep homestay yang sebenar. Mummy berkelulusan Degree in Tourism Management dr UUM so mummy rasa mummy patut berikan maksud homestay yang sebenar.

PERSEPSI KONSEP HOMESTAY DI KALANGAN MASYARAKAT DAN PENYEDIA PELANCONGAN DI MALAYSIA

Di Malaysia program homestay mula diperkenalkan di peringkat nasional pada tahun 1995 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Homestay merupakan cabang pelancongan desa yang dapat memperkenalkan aktiviti sukan, permainan dan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia. Malangnya kebanyakan konsep homestay disalahguna oleh penyedia pelancongan di Malaysia.
Program Homestay di Malaysia adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal yang baru di dalam industri pelancongan negara. Melalui program ini, pelancong perlu tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih. Pelancong berpeluang mempelajari cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan masyarakat secara langsung (Kalsom et al, 1996).
Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat Malaysia. Program ini menawarkan kepada pelancong suatu gaya penginapan yang berlainan dan istimewa. Dengan penekanan terhadap layanan mesra tuan rumah disamping menikmati keindahan desa yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta aktiviti kebudayaan tradisional setempat (Darina, 2003).
Konsep homestay adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti ‘Bed & Breakfast’. Penginapan ‘Bed & Breakfast’ ialah tidak ada keluarga yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan hotel biasa. Sekiranya sesebuah kediaman hanya menjadi tempat penginapan pelancong tanpa melibatkan  penyertaan pelancong di dalam aktiviti harian dan kebudayaan komuniti , maka ia tidak dianggap sebagai homestay kerana telah menyalahi konsep.
Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM), konsep homestay yang dilancarkan adalah berpandukan objektif berikut:
·         Menambah pendapatan masyarakat luar bandar
·         Menerapkan nilai keusahawanan pelancongan (di luar bandar)
·         Membuka minda masyarakat (pertukaran budaya).
·         Memantapkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan masyarakat
·         Membasmi kemiskinan
·         Berupaya memberikan sumbangan tambahan kepada pendapatan keluarga.
·         Membolehkan produk baru dalam kampung diketengahkan dan membuka pasaran baru.
·         Memperkenalkan kebudayaan, makanan, aktiviti harian kepada pelancong
·         Berkenalan dan membuka minda masyarakat tentang masyarakat dari negara atau negeri lain.
·         Mendapat peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada agensi-agensi kerajaan.
·         Berpeluang menambah ilmu baru melalui penyertaan didalam kursus-kursus yang dianjurkan.
Program homestay pertama di Malaysia yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan ialah program homestay di Desa Murni (1995). Ia merupakan sebuah komuniti yang terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang. Kementerian Pelancongan Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan Pembangunan Desa.
Pada masa kini kita dapati ramai penyedia pelancongan telah menyimpang dari konsep asal homestay. Mereka hanya menyediakan sebuah bilik atau rumah tanpa penglibatan tuan rumah bersama pelancong. Sebagai contoh Homestay Solok Duku di Masjid Tanah, Melaka. Pemilik homestay ini telah menyediakan bilik penginapan sahaja tanpa mengaplikasikan konsep asal homestay. Pemilik tersebut tidak melibatkan pelancong dalam aktiviti dan cara hidup sehariannya.
Jelas disini pemilik ini tidak memahami konsep homestay yang mana tuan rumah perlu melibatkan pelancong dalam cara hidup dan aktiviti sehariannya. Sepatutnya beliau perlu menyediakan makanan masakan tempatan kepada penginap. Beliau juga perlu membawa penginap  menyelami aktiviti seharian beliau seperti menangkap ikan atau pekerjaan di desanya.
Bukan sahaja penyedia pelancongan yang tersasar dari konsep malah masyarakat Malaysia turut tidak memahami apa itu homestay. Hal ini dibuktikan majoriti daripada masyarakat menerima terma homestay apabila membuat tempahan bilik atau rumah yang menggunakan perkataan tersebut. Bagi mereka homestay merupakan tempat penginapan yang murah untuk diinap sepanjang tempoh mereka bercuti berbanding hotel.
Oleh yang demikian, terdapat garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay. Garis panduan tersebut adalah perlu bagi membantu perancangan dan pembangunan yang berkesan serta sistematik di Malaysia. Penyertaan dalam program ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman yang lengkap.
Bagi memastikan kejayaan program ni, semua peserta hendaklah berdaftar dengan KPM. Mereka perlu berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan dalam hal yang berkaitan harga, makanan, pengangkutan dan perkara lain yang melibatkan pakej lawatan KPM. Garis  panduan yang telah ditetapkan oleh KPM merangkumi beberapa aspek yang meliputi aspek keselesaan, kecekapan, keselamatan dan kebersihan. 

Kesimpulannya, masyarakat dan penyedia pelancongan mempunyai persepsi yang salah terhadap konsep homestay. Konsep homestay telah dikomersialkan secara meluas semata-mata untuk kepentingan industri pelancongan sahaja. Walhal tujuan utama homestay diwujudkan adalah untuk memperkenalkan budaya di sesuatu tempat. Natijahnya, konsep kewujudan homestay tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat dan penyedia pelancongan di Malaysia.

Wednesday, December 4, 2013

Sindrom Anak Kedua

Lama betul mummy tak update post. Almaklumlah mummy sekarang busy dalam menjaga dan membuat persiapan kedatangan anak kedua mummy. Justeru itu mummy banyak membuat pembacaan mengenai sindrom anak kedua ni. Ialah untuk mummy daddy dan abang danish prepare dari segi mental dan emosi. Jom mummy share tentang isu ini.

Adakah kita pernah memerhatikan anak-anak kita secara serius? Adakah pernah kita membandingkan anak-anak kita? Pernah tak kita dapati bahawa mereka berbeza di antara satu sama lain? Anak-anak yang lain cergas dan bijak, tetapi seorang anak kita ini “sedikit berbeza”. Mungkin anak-anak kita yang lain pada usia tertentu, sudah pandai bercakap, mengira dan lain-lain, tetapi anak kita yang seorang agak perlahan atau terlalu perlahan.

“Psychiatrist” barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (Second Child Syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (Middle Child Syndrome). Kenapa dinamakan Sindrom Anak Kedua? Kenapa ia kerap berlaku kepada anak kedua?

Biasanya, apabila kita dianugerahkan Allah SWT anak pertama, kita menjadi sangat gembira. Ya! Sangat gembira kerana dia adalah anak pertama. Kita menjadi tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa parasnya, cantik ke tidak, “mengikut” rupa kita atau isteri dan sebagainya. Apabila dia lahir ke dunia, kita juga menjadi tidak sabar untuk mengambil gambarnya, membeli pakaian dan permainannya, tidak sabar menunggu dia memanggil kita “ayah” atau “ibu” dan lain-lain.

Dalam keadaan gembira tersebut, mungkin ketika anak itu baru berusia dua atau tiga bulan, tiba-tiba suatu pagi, isteri kita memanggil kita dengan suara yang agak cemas. Kenapa? Sebabnya, dia membuat sendiri “pregnancy test” dan mendapati “positif”. Kenapa cemas? Sebab kita mungkin tidak merancang atau bersedia untuk anak kedua. Kita mungkin lantaran usia masih muda ketika itu 24 atau 25 tahun, banyak perkara kita mentah. Lalu berita mengandungnya isteri kita itu tidak disambut dengan ceria, malah mungkin kita terlintas di hati untuk menggugurkannya!

Sepanjang kandungan anak kedua, anak itu tidak dialu-alukan oleh si ibu dan si ayah. Si ibu tertekan sepanjang tempoh tersebut. Lebih malang jika si ayah juga mengenakan tekanan kepada si ibu justeru masalah-masalah berkaitan atau tidak. Maka lahirlah si anak itu dalam keadaan dia dibenci atau (lebih manis) tidak disukai oleh si ibu dan si ayah. Dia dibesarkan dalam keadaan “terpaksa”. Maka berlakulah “second child syndrome” tersebut.

Sindrom personaliti bagi anak yang berada di posisi tengah. Biasa lebih menyerlah jika ada abang/kakak dan adik. Biasanya mempunyai perasaan iri hati terhadap abang/kakak yang dilihat lebih dominan atau berkuasa dan adik yang lebih dimanjakan/diberi perhatian oleh ibu bapa. Pernah juga dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap, sindrom ni akan lebih menyerlah jika anak kedua sama jantina dengan anak sulung.

Joel Kotin dalam bukunya "Getting Started: An Introduction to Dynamic Psychotherapy,"  berkata, anak kedua akan mengalami saat perit disisihkan dalam keluarga. Bagaimana? Bila anak kedua dilahirkan, anak sulung merasakan adiknya itu mencuri kasih sayang ibu dan bapanya. Ibu bapa pula tidak akan mengetepikan anak sulung mereka kerana anak sulung merupakan ‘baby’ mereka sampai bila-bila. Kemudian lahir pula anak ketiga. Anak sulung ada kemungkinan besar untuk bersekutu dengan adiknya yang ketiga. Jadi, yang kedua juga tiada geng...kesian.

Walaubagaimanapun melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini mereka seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah.

Kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan.

Oleh yang demikian melalui artikel ini maka tidak hairanlah mummy pun sangat independent! Mummy juga merupakan anak kedua. So mummy dah pun ready untuk mendidik anak kedua mummy ni. Okay 60 days to go!