Wednesday, December 4, 2013

Sindrom Anak Kedua

Lama betul mummy tak update post. Almaklumlah mummy sekarang busy dalam menjaga dan membuat persiapan kedatangan anak kedua mummy. Justeru itu mummy banyak membuat pembacaan mengenai sindrom anak kedua ni. Ialah untuk mummy daddy dan abang danish prepare dari segi mental dan emosi. Jom mummy share tentang isu ini.

Adakah kita pernah memerhatikan anak-anak kita secara serius? Adakah pernah kita membandingkan anak-anak kita? Pernah tak kita dapati bahawa mereka berbeza di antara satu sama lain? Anak-anak yang lain cergas dan bijak, tetapi seorang anak kita ini “sedikit berbeza”. Mungkin anak-anak kita yang lain pada usia tertentu, sudah pandai bercakap, mengira dan lain-lain, tetapi anak kita yang seorang agak perlahan atau terlalu perlahan.

“Psychiatrist” barat menamakan hal keadaan ini sebagai Sindrom Anak Kedua (Second Child Syndrome) atau Sindrom Anak Tengah (Middle Child Syndrome). Kenapa dinamakan Sindrom Anak Kedua? Kenapa ia kerap berlaku kepada anak kedua?

Biasanya, apabila kita dianugerahkan Allah SWT anak pertama, kita menjadi sangat gembira. Ya! Sangat gembira kerana dia adalah anak pertama. Kita menjadi tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa parasnya, cantik ke tidak, “mengikut” rupa kita atau isteri dan sebagainya. Apabila dia lahir ke dunia, kita juga menjadi tidak sabar untuk mengambil gambarnya, membeli pakaian dan permainannya, tidak sabar menunggu dia memanggil kita “ayah” atau “ibu” dan lain-lain.

Dalam keadaan gembira tersebut, mungkin ketika anak itu baru berusia dua atau tiga bulan, tiba-tiba suatu pagi, isteri kita memanggil kita dengan suara yang agak cemas. Kenapa? Sebabnya, dia membuat sendiri “pregnancy test” dan mendapati “positif”. Kenapa cemas? Sebab kita mungkin tidak merancang atau bersedia untuk anak kedua. Kita mungkin lantaran usia masih muda ketika itu 24 atau 25 tahun, banyak perkara kita mentah. Lalu berita mengandungnya isteri kita itu tidak disambut dengan ceria, malah mungkin kita terlintas di hati untuk menggugurkannya!

Sepanjang kandungan anak kedua, anak itu tidak dialu-alukan oleh si ibu dan si ayah. Si ibu tertekan sepanjang tempoh tersebut. Lebih malang jika si ayah juga mengenakan tekanan kepada si ibu justeru masalah-masalah berkaitan atau tidak. Maka lahirlah si anak itu dalam keadaan dia dibenci atau (lebih manis) tidak disukai oleh si ibu dan si ayah. Dia dibesarkan dalam keadaan “terpaksa”. Maka berlakulah “second child syndrome” tersebut.

Sindrom personaliti bagi anak yang berada di posisi tengah. Biasa lebih menyerlah jika ada abang/kakak dan adik. Biasanya mempunyai perasaan iri hati terhadap abang/kakak yang dilihat lebih dominan atau berkuasa dan adik yang lebih dimanjakan/diberi perhatian oleh ibu bapa. Pernah juga dengar Dato' Fadzilah Kamsah cakap, sindrom ni akan lebih menyerlah jika anak kedua sama jantina dengan anak sulung.

Joel Kotin dalam bukunya "Getting Started: An Introduction to Dynamic Psychotherapy,"  berkata, anak kedua akan mengalami saat perit disisihkan dalam keluarga. Bagaimana? Bila anak kedua dilahirkan, anak sulung merasakan adiknya itu mencuri kasih sayang ibu dan bapanya. Ibu bapa pula tidak akan mengetepikan anak sulung mereka kerana anak sulung merupakan ‘baby’ mereka sampai bila-bila. Kemudian lahir pula anak ketiga. Anak sulung ada kemungkinan besar untuk bersekutu dengan adiknya yang ketiga. Jadi, yang kedua juga tiada geng...kesian.

Walaubagaimanapun melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini mereka seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai. Sikap ‘sedar diri' ini membuatkan mereka mudah mengalah.

Kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fleksibel. Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan.

Oleh yang demikian melalui artikel ini maka tidak hairanlah mummy pun sangat independent! Mummy juga merupakan anak kedua. So mummy dah pun ready untuk mendidik anak kedua mummy ni. Okay 60 days to go!



No comments:

Post a Comment