Kali ni mummy nak share tentang konsep Homestay yang selama ini masyarakat di Malaysia telah menyalahanggap erti konsep homestay yang sebenar. Mummy berkelulusan Degree in Tourism Management dr UUM so mummy rasa mummy patut berikan maksud homestay yang sebenar.
PERSEPSI KONSEP HOMESTAY
DI KALANGAN MASYARAKAT DAN PENYEDIA PELANCONGAN DI MALAYSIA
Di
Malaysia program homestay mula diperkenalkan di peringkat nasional pada tahun
1995 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Homestay
merupakan cabang pelancongan desa yang dapat memperkenalkan aktiviti sukan,
permainan dan kebudayaan tradisional masyarakat Malaysia. Malangnya kebanyakan konsep
homestay disalahguna oleh penyedia pelancongan di Malaysia.
Program Homestay di Malaysia adalah satu bentuk kemudahan
tempat tinggal yang baru di dalam industri pelancongan negara. Melalui program
ini, pelancong perlu tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih. Pelancong
berpeluang mempelajari cara hidup seharian keluarga berkenaan serta kebudayaan masyarakat
secara langsung (Kalsom et al, 1996).
Melalui cara ini pelancong akan mendapat pengalaman dan
berinteraksi secara terus dengan cara hidup dan kebudayaan rakyat
Malaysia. Program ini
menawarkan kepada pelancong suatu gaya penginapan yang berlainan dan istimewa. Dengan
penekanan terhadap layanan mesra tuan rumah disamping menikmati keindahan desa
yang kaya dengan khazanah alam semulajadi serta aktiviti kebudayaan tradisional
setempat (Darina, 2003).
Konsep homestay
adalah berbeza dengan konsep kemudahan penginapan sederhana lain seperti ‘Bed
& Breakfast’. Penginapan ‘Bed & Breakfast’ ialah tidak ada keluarga
yang tinggal bersama dan sistem pengurusannya adalah sepertimana pengurusan
hotel biasa. Sekiranya sesebuah kediaman hanya menjadi tempat penginapan
pelancong tanpa melibatkan penyertaan pelancong di dalam aktiviti harian
dan kebudayaan komuniti , maka ia tidak dianggap sebagai homestay kerana telah menyalahi
konsep.
Menurut
Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM), konsep homestay yang dilancarkan adalah
berpandukan objektif berikut:
·
Menambah pendapatan
masyarakat luar bandar
·
Menerapkan nilai
keusahawanan pelancongan (di luar bandar)
·
Membuka minda
masyarakat (pertukaran budaya).
·
Memantapkan semangat kerjasama
dan perpaduan di kalangan masyarakat
·
Membasmi kemiskinan
·
Berupaya memberikan
sumbangan tambahan kepada pendapatan keluarga.
·
Membolehkan produk baru
dalam kampung diketengahkan dan membuka pasaran baru.
·
Memperkenalkan
kebudayaan, makanan, aktiviti harian kepada pelancong
·
Berkenalan dan membuka
minda masyarakat tentang masyarakat dari negara atau negeri lain.
·
Mendapat
peruntukkan-peruntukkan tertentu daripada agensi-agensi kerajaan.
·
Berpeluang menambah
ilmu baru melalui penyertaan didalam kursus-kursus yang dianjurkan.
Program
homestay pertama di Malaysia yang mendapat sokongan Kementerian Pelancongan
ialah program homestay di Desa Murni (1995). Ia merupakan sebuah komuniti yang
terdiri daripada lima kampung berdekatan Temerloh, Pahang. Kementerian Pelancongan
Malaysia juga telah meletakkan program homestay bersama dalam Pelan Pembangunan
Desa.
Pada
masa kini kita dapati ramai penyedia pelancongan telah menyimpang dari konsep
asal homestay. Mereka hanya menyediakan sebuah bilik atau rumah tanpa penglibatan
tuan rumah bersama pelancong. Sebagai contoh Homestay Solok Duku di Masjid
Tanah, Melaka. Pemilik homestay ini telah menyediakan bilik penginapan sahaja
tanpa mengaplikasikan konsep asal homestay. Pemilik tersebut tidak melibatkan
pelancong dalam aktiviti dan cara hidup sehariannya.
Jelas
disini pemilik ini tidak memahami konsep homestay yang mana tuan rumah perlu
melibatkan pelancong dalam cara hidup dan aktiviti sehariannya. Sepatutnya
beliau perlu menyediakan makanan masakan tempatan kepada penginap. Beliau juga
perlu membawa penginap menyelami
aktiviti seharian beliau seperti menangkap ikan atau pekerjaan di desanya.
Bukan
sahaja penyedia pelancongan yang tersasar dari konsep malah masyarakat Malaysia
turut tidak memahami apa itu homestay. Hal ini dibuktikan majoriti daripada
masyarakat menerima terma homestay apabila membuat tempahan bilik atau rumah
yang menggunakan perkataan tersebut. Bagi mereka homestay merupakan tempat
penginapan yang murah untuk diinap sepanjang tempoh mereka bercuti berbanding
hotel.
Oleh yang
demikian, terdapat garis panduan tertentu yang telah disediakan oleh pihak
Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan program homestay.
Garis panduan tersebut adalah perlu bagi membantu perancangan dan pembangunan
yang berkesan serta sistematik di Malaysia. Penyertaan dalam program ini dibuka
kepada semua rakyat Malaysia yang berkeluarga dan tinggal di suatu kediaman
yang lengkap.
Bagi memastikan
kejayaan program ni, semua peserta hendaklah berdaftar dengan KPM. Mereka perlu
berurusan dengan mana-mana agensi pelancongan dalam hal yang berkaitan harga,
makanan, pengangkutan dan perkara lain yang melibatkan pakej lawatan KPM.
Garis panduan yang telah ditetapkan oleh
KPM merangkumi beberapa aspek yang meliputi aspek keselesaan, kecekapan,
keselamatan dan kebersihan.
Kesimpulannya,
masyarakat dan penyedia pelancongan mempunyai persepsi yang salah terhadap
konsep homestay. Konsep homestay telah dikomersialkan secara meluas semata-mata
untuk kepentingan industri pelancongan sahaja. Walhal tujuan utama homestay
diwujudkan adalah untuk memperkenalkan budaya di sesuatu tempat. Natijahnya,
konsep kewujudan homestay tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat
dan penyedia pelancongan di Malaysia.
Zaman sekarang ramai dah orang buat homestay untuk jana pendapatan sampingan dan tak kurang juga ada yang siap buat bisnes homestay lagi. Nak dapatkan homestay murah di Kota Kinabalu? Tengok sini: https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/
ReplyDeleteSaya juga mencadangkan homestay ini yang terbaik https://profhariz.com/homestay-murah-di-kota-kinabalu/
ReplyDelete