Monday, December 9, 2013

POTTY TRAINING

Assalamualaikum...


Hari ni mummy nak share tentang Potty Training. Orang kata anak lelaki lagi lambat daripada anak perempuan untuk start Potty Train kan? Based on my experience memang anak lelaki mum lambat ready for that compared sepupu perempuan dia yang beza umur 8 hari dari dia. Anak mum, Danish Darwish start potty training pada usia 3 tahun 4 bulan.

Mummy pernah try potty train time dia umur 3 tahun tapi time tu mummy tak berjaya sebab cepat give up. mana taknya, setiap 5 minit bawak dia pergi toilet then memang dia kencing but ada masa dia tak kencing. Yang tak laratnya lepas keluar toilet after kencing pun dia akan kencing lagi dalam seluar. So memamg banyak kali tukar seluar dia dlm 1 hari tu...5-6 helai. Walaupun dah ajar "Danish kalau rasa nak pee pee bagi tau mummy ok. Kita pee pee dalam toilet". Tapi yang jadinya selepas dia pee pee dalam seluar baru dia bagi tau "Mummy...danish pee pee!". huhuu...sometimes kena mengelap juga lah lantai..Mummy try 2 days je (weekend) then mummy gave up! hehehe

3 tahun 4 bulan: Alhamdulillah babysitter banyak membantu. Babysitter yang start dulu sebenarnya. Nama dia Makcik Ida :). Makcik Ida start tak pakaikan dia diaper time nap petang. Adakalanya memang Danish terlepas jugak la time nap tu. Day time pun tak pakaikan jugak. Pada masa ni bila keluar jalan2 n shopping memang mummy pakaikan diaper. Tapi cara ni buatkan Danish confuse. Dia akan tanya "mummy bleh pee pee dalam diaper tak?" Since daripada itu mummy realised dia dah tau n ready for free diaper.

3 tahun 6 bulan: Danish dah free diaper :) Kebetulan time ni mummy dah start hantar dia ke Q-Dees kindergarten. Haa...banyak drama time ni...nanti mummy share pula pasal 1st week di Q-Dees :). Lagi sekali teachers Q-Dees banyak membantu dalam potty training ni juga. Ada juga 2-3 kali dia terlepas sbb 1st week ni dia masih paranoid di Q-Dees. Tapi teachers cakap maybe dia masih malu n takut nak bagi tau. Pada umur ni keluar shopping pun mummy dah tak pakaikan dia diaper. Tapi kena kerap tanya dia nak pee pee ke tak. Kadang2 dia akan jawab taknak tapi bila mum bawa dia ke toilet mmg dia akan pee pee :) so every 2 hours di shopping complex mummy akan bawa dia ke toilet sebab time ni dia dah pandai tahan. Tak macam umur dia 3 tahun tu yang mana walaupun baru 5 minit pee pee di toilet dia akan pee pee lagi dlm pant sbb dia dah terbiasa pee pee all the time dlm diaper n tak pandai tahan lagi.

Haaa....tu baru pasal pee pee....belum poo poo lagi :) Poo poo pun ada drama tau! Time umur 3 tahun 4 bulan tu dia just nak poo poo dalam diaper. Kalau tak dia akan tahan n kesian tengok dia...mummy pun tak sampai hati so mummy pakaikan diaper untuk poo poo. Tapi sebulan je sbb makcik ida train dia slow-slow poo poo di toilet. hmmm tapi bukan dalam toilet bowl...di atas lantai. Sebab dia takut gunakan toilet bowl. So disebabkan dah ada 1 step di situ kami bagi je dia poo poo atas lantai toilet sebab taknak push dia sangat. Selama 6 bulan memang dia poo poo atas lantai la (3y 4m-3y 10m). Kami amik poo poo dia guna plastik la kan...then buang dalam toilet bowl! hahaha kena kreatif lah :P 

Raya 2013! Permulaan bagi dia start poo poo di toilet bowl. Balik raya di kampung kami stay rumah uncle di Kuantan. Rumah dia pakai bowl cangkung tu. Danish selesa guna bowl tu sebab konsepnya masih "mencangkung di atas lantai". Begitu juga balik kampung tokma di Marang, Terengganu. Dia masih guna bowl cangkung tu untuk poo poo. So this time senang kerja mum. Tak payah pakai plastik lagi nak buang poo poo dia. Just flash je! 1 week juga dia guna bowl cangkung tu.

Pada 14 Aug 2013 kami balik rumah di Saujana Utama. Malam tu di rumah dia kata nak poo poo. Rumah kami tiada bowl cangkung. ..semua bowl jenis duduk. So mummy tak expect dia akan guna bowl tu. Mummy dah ready plastik coz ingat dia akan poo poo di atas lantai. Amazingly tanpa disuruh dia naik atas bowl then duduk macam ni...

hahaha dia marah mummy snap pic :)

Yeayyyy anak lelaki mum dah ready sepenuhnya! So di usia 3 tahun 10 bulan dia dah pee pee and poo poo secara normal :) no more diapers n lantai for poo poo..hehehehe.

Moral of the story:
  1. Parents and babysitter kena memainkan peranan dalam potty training ni...kena rajin. Jangan malas n cepat give up macam mum :P
  2. Anak pun kita jangan terlalu push n paksa dia. Jangan marah bila dia terkencing atau banyak songeh nak poo poo macammana. Just ikut je dulu cara dia sebab bila dia dah betul2 ready dengan sendirinya dia akan willing to do it by himself.
TAPI........................satu lagi belum berjaya and mum tak pernah cuba :P tidur malam masih pakai diaper okay! Bukan dia taknak tapi mum langsung tak cuba. Terukkan? Sebab mum tgk bangun pagi je penuh diaper dia...banyak sgt dia pee pee time tidur malam. Mummy yang tak ready sebenarnya sbb malas nak basuh tilam or kerap tukar cadar time weekdays. Orang kata alas dengan plastik di tilam kan tapi mummy tak berusaha mencuba lagi...okay mummy akan try time dalam pantang nanti sbb tak kerja kan...so boleh tukar cadar setiap hari :) Wish me luck!!

No comments:

Post a Comment