Thursday, December 12, 2013

PART 1 (London): Europe Vacation 2010 (London+Germany+Switzerland+Monaco+Venice+Paris)

Dah 3 tahun Europe Vacation kami ni tapi baru hari ni mummy buat entry pasal ni. Sebab baru hari ni terbuka pintu hati nak buat entry pasal Europe :) Jom throwback!!!!!!

Vacation kami ni disertai oleh Emak, Ayah, Adik-adik dan Adik Ipar. Semua 9 orang dalam trip ni termasuk Danish Darwish yang ketika itu baru masuk 7 bulan. Tapi mak dan ayah dah pergi seminggu awal ke London so mereka tunggu kami di sana.

28 May 2010: Flight kami jam 2.30 pagi menggunakan Qatar Airways. Kami sampai KLIA jam 12am dan danish agak blur sebab normally kul 8.00pm dia dah tido. Tapi kami angkut dia tengah tido and sampai je KLIA dia terjaga. Nampak dia macam pelik sebab mesti dia tertanya kenapa ramai sangat orang kat sini :) Alhamdulillah dia tak buat perangai. 2.30am kami take off.

7 jam dalam flight semuanya ok sebelum kami transit di Doha. Cuma danish kadang-kadang meragam. Maybe dia penat tidor atas pangkuan mummy sebab kami tak dapat baby bassinet walaupun kami dah request upon ticket confirmation. Katanya ada masalah teknikal. Kesian jugak danish but dia tido juga la sepanjang 7 jam tu.

4.30am (local time) kami tiba di Doha Airport. Mak ai...panas betul kat sana macam tengah hari! Dah la dari aeroplane nak ke airport terminal dia kena beratur naik shuttle bus. Dengan ramainya manusia and panas lagi. Danish dah start menangis sebab memang sangat panas. Kami transit 4 jam di departure terminal. Sempat la kami wash up danish n biarkan danish bermain. Cuma satu je, toilet dia exactly macam toilet Malaysia. Kotor! Air dalam toilet pun ya ampun....panas! Macam pakai water heater. Setelah berehat di Doha Airport selama 4 jam kami meneruskan perjalanan yang berbaki lagi 7 jam ke Heathrow Airport.

LONDON

28 May 2010, 8.30am (local time): Alhamdulillah kami selamat tiba di Heathrow Airport! My mom and dad sudah menanti kami di Arrival Hall :) Yang best di immigration check point mereka is group yang ada baby diberi special lane tanpa perlu beratur panjang. So kami hanya spent 5 minutes untuk sesi soal jawab mereka. Officer just tanya datang London untuk apa...stay di mana...and beberapa soalan yang dah tak ingat :P kemudia kami semua lepas.
Ni gambar-gambar terawal bila kaki kami berpijak di Heathrow Airport.









Setelah settle di airport kami menaiki London Underground ke Bayswater di mana hotel kami akan menginap.


Danish bersama atuk dalam London Underground

About 30 minutes juga nak sampai ke Bayswater sebab kami kena tukar train. So sampai sahaja di bayswater kami nampak ini!!!

 Ini bukti kami di London :)

Seperti tajuk artikel Majalah Mingguan Wanita 20-26 January 2012 ni :)

3 days di London kami sempat pergi City of Westminster, Cambridge, Bicester Village seperti gambar tersebut. Biarlah gambar yang menceritakan ye :)

Kami stay di hotel ni. Kat Hydepark. Beberapa block from Bayswater.

Salah sebuah bilik di aprtment ni. RM500 per night. Ada 2 bilik and Kitchen


Tengah tunggu Underground untuk ke London town (City of Westminster)


Tower Bridge, London


Palace of Westminster

Danish naik cruise for sightseeing...boleh nampak Big Ben and London Eye

Trafalgar Square. Ni depan bangunan Tourism Malaysia

Semua tempat ni ada dalam Monopoly kan? Ni bus route map.

Habis shopping di Primark, Oxford Street. Oxford Street tempat shopping paling best coz banyak branded butik sepanjang jalan ni.

Nampak tak Big Ben belakang tu???

di Oxford Street

London Eye

Oxford Sreet

Whitleys ni tempat paling best shopping perfume! Branded perfume murah gila-gila so kami pun memborong la. Ni cuaca di awal jam 6.30 pagi di Bayswater ye :)


Depan Westminster Abbey. Haa ni lah tempat Kate & Prince William berkahwin!

Ni lah Westminster Abbey

Buckingham Palace. The official London residence and principal workplace of the British monarch.

Pengawal di Buckingham Palace



Tourism Malaysia yang terletak di Trafalgar Square

Palace of Westminster. The meeting place of the House of Commons and the House of Lords, the two houses of the Parliament of the United Kingdom



Ni pula di Cambridge

Cambridge lagi...cantikkan view dia?



ye...ni lah University of Cambridge! Doa sangat2 supaya Danish further study di sini!

University of Cambridge


Swan at Hyde Park

Di Bicester Village branded item memang murah time ni sebab kebetulan ni time Summer Sale. So mummy sambar lah handbag DKNY ni :)

Bicester Village

Bicester Village. Danish kepenatan....

Ni lah MPV yang kami seramai 8 Adult 1 Infant guna sepanjang di London. Boleh sumbat 5 travelling Bag n Stroller tau :)

30 May 2010 (3rd day): Kami tiba di London Stansted Airport selepas bershopping di Bicester Village untuk ke next country. Next country yang kami akan pergi is Germany! Kami menggunakan Ryanair iaitu low cost flight. Ryanair ni macam Air Asia lah. Kami booked awal via online and guest what?? Fare from Stansted Airport to Frankfurt Airport hanya 6 pound (RM30). Tapi biasalah...dah nama pun low cost carrier kan so everything terlebih dia akan charge. Bila dah banyak shopping di Bicester Village tu mula lah beg masing-masing terlebih berat :P so kami pun punggah balik la beg kami and tumpang beg family yang tak terlebih berat lagi. hehehe..Check-in pun kena online, if tak mereka akan charge :) Flight kami esok pagi (1 June) jam 7.30 pagi. So disebabkan takut terlepas flight maka kami decided bermalam di Stansted Airport tula. Haaa ni la pengalaman yang kami takkan lupakan :) Masing-masing baring atas kerusi :) tapi Danish paling selesa, dia tidur dalam stroller dia lah. Tapi my mom tak tidur sebab dia risaukan cucunya tu kena kidnap! hahaha my mom cakap dia tengok semua tidur nyenyak so dia risau takut ada orang datang tolak stroller danish and bawak danish lari! hahaha tapi betul jugak kan? 

1 June 2010 (4th day): 6.30am kami dah check-in. Tapi dalam group flight ni kami paling lambat melepasi security check point mereka sebab dalam beg susu Danish ada air panas n keperluan susu. So officer tu banyak songeh...suruh minum la air panas tu (konon takut racun or acid kot) and macam-macam lagi. So kami paling last masuk aircraft tu ok! Aircraft tu hanya tunggu kami untuk take off :) hahaha macam VIP pulak rasa. Masuk aircraft je selesai pakai seat belt terus Ryanair tu take off :) bye bye London....Jumpa pada 8 June pula ye untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur!

No comments:

Post a Comment