Monday, December 9, 2013

Q-Dees Kindergarten

Hari ni mummy tak banyak kerja di office so masa yang ada ni sibuk nak update blog yang terbengkalai ni. Memandangkan tinggal lagi 3 weeks before school bermula bagi sesi 2014 so mesti ramai parents tgh survey school yang terbaik untuk anak especially yang baru 4 tahun kan?

Kindergarten apa yang sesuai untuk anak kita? Mummy pun tak arif sangat tapi pengalaman hantar Danish ke Q-Dees boleh dikatakan semuanya baik dan elok belaka. Mum just hantar Q-Dees Saujana Utama sebab dekat dengan rumah since daddy pun mengajar petang so daddy lah hantar danish ke school jam 8.15 am then pick him up at 11.30 am (sepatutnya school tamat jam 11.45am but daddy kena amik cepat coz nak hantar danish ke rumah babysitter pula).

Mummy start hantar danish pada bulan April 2013 sebab time ni mummy rasa dia dah besar sikit kot. Danish lahir pada 23 Oct 2009 so kalau hantar sesi Jan 2013 umur dia baru 3 years 2 months ang bagi mummy terlalu kecil untuk dia belajar dalam class 4 years old. Bulan april at least dia dah 3 years 5 months.

1st day mummy tinggalkan dia di Q-Dees okay sebab mummy balik senyap-senyap but time amik tu dia nampak je mummy terus menangis. Teacher ckp dia paranoid tgk ramai friends (babysitter jaga dia sorang je) n setiap kali teringat mummy dia akan nangis then tak berenggang daripada teacher. Tapi memang kesian tgk dia especially 2nd day time kami hantar dia. Menangis dan meronta-ronta tak bagi kami tinggalkan dia di school sampai principal pun jatuh terduduk pegang dia dari meronta tu. Dalam kereta on the way balik, mummy n daddy diam tak bercakap sbb kami sedih sangat2 tinggalkan dia dalam keadaan mcm tu :( memang tak sampai hati tapi kami kuatkan hati sebab nak dia bersosial...almaklumlah babysitter jaga dia sorang je n kat rumah jarang bercampur dengan anak-anak jiran sebab weekdays dia sampai rumah jam 7.45pm and weekend biasanya kami keluar shopping and sometimes pergi rumah mak di Putrajaya. So masa untuk dia bersosial sgt limited.

Selama 1 week dia akan menangis bila bangun tido sebab taknak pergi school then masuk 2nd week dia dah mula ok...hanya drama sikit di pagi hari such as nak char kuew teow la sblm pergi school ;) . In 3rd week dah ok sepenuhnya...lega hati kami. bangun tidur n pergi school pun senang. Dah boleh bye bye daddy dah :)

Progress dia selama 7 bulan di Q-Dees agak bagus...tapi sebelum masuk Q-Dees danish memang dah kenal colors, shapes, A-Z and 1-10 sebab dia suka tengok youtube cartoon train di link tersebut since 1 year old.

Di link diatas dia banyak belajar shapes, numbers, colors and alphabet. So teacher pun cakap danish dah banyak mengenal. Cuba tgk link ni utk tau progress reading danish :) http://www.youtube.com/watch?v=QfybEgN7pjU

Video tu diambil selepas 6 months with Q-Dees Saujana Utama. Aktiviti yang mereka buat pun banyak such as field trip di Farm In The City. Tgk tu danish nombor 2 dari depan. Bukan main lagi duk menangkap ikan :)

Field Trip at Farm In The City

Ni pula aktiviti cara membersih tangan bersama Dettol. Since daripada program ni danish start basuh tangan sendiri guna dettol dengan cara yang betul. Kami pun sentiasa sediakan liquid dettol hand soap tu di bathroom.




Raya Celebration 2013




Q-Dees Annual Concert







 Children's Day

Lagi satu kebaikan di Q-Dees Saujana Utama is teachers mereka akan bukakan sendiri pintu kereta time drop off and pick up bagi memastikan keselamatan dan penjaga yang betul mengambil anak-anak di Q-Dees Saujana Utama. So nak tau School Fee 2014? Ni dia...tapi ni untuk Q-Dees Saujana Utama sahaja. Yuran setiap Q-Dees berbeza but boleh dijadikan anggaran la...lebih kurang macam ni juga la harga dia. Tapi Q-Dees Saujana Utama tiada daycare coz Principal dia cakap sepatutnya Kindergarten and daycare tak boleh gunakan premis yang sama if ikut peraturan kerajaan and JKM. So ni yuran selama 3 jam sahaja dari jam 8.30-11.45 am. Tapi dah boleh start hantar anak dari jam 7.00 pagi rasanya.



RM 1104 ni tak termasuk Uniform & Gymwear sebab danish student lama. Untuk student baru kena tambah la optionals tu. Ni yuran tahunan yang perlu dibayar upon registration ye. Untuk monthly fee pula seperti di bawah.


Once dah bayar RM1104 tu then next payment is bulan Feb RM250. Cuma bulan June kena bayar RM620 coz new term. Mereka tukar and guna buku baru. Sebelum ni (2013) every 3 month (Mac, June & Sept) yuran RM300++ coz new term tapi next year (2014) mereka kumpulkan sekali fee tersebut ke bulan June.

So now dah boleh buat kira-kira lah kan mana nak hantar anak-anak. Macam kami monthly spend RM500 (Q-Dees + Babysitter). Belum campur ASB dan insurance Medical Card Prudential lagi untuk danish :) Opps pasal Medical Card untuk anak-anak mummy akan story di next entry ye :)

4 comments:

  1. I also plan to send my son to qdees since i'll be moving to bukit saujana in short time. A bit worried of the islamic lesson which is so limited in qdees- so far mcm mana your son punya islamic learning?

    ReplyDelete
  2. Good sharing, Q-dees programmes are renowned, incorporating fun and a holistic concept of learning while empowering children with the foundation they need to exponentially grow. More information, visit:
    http://kidbuxblog.com/q-deed-helps-children-have-great-minds-at-work/

    ReplyDelete
  3. salam...gmbr yuran xde.bole ke upload semula or email sy??aknoraini@gmail.com.tq for your sharing

    ReplyDelete
  4. Baru nak rikki tadika ni utk new sessi for my daughter harap2 she will enjoy it. risau ni nak tukarkan sekolah.

    ReplyDelete