Tuesday, December 17, 2013

Universal Studio Singapore (USS)

Entry kali ni nak review pasal USS Singapore yang kami pergi pada 28 March 2013 lepas. Kami pergi Singapore selama 4 days (27-30 March 2013) time cuti sekolah aritu. Saje mummy bawak Danish jalan-jalan sebelum register dia masuk Q-Dees bulan April. Lagipun lepas ni mungkin lama takkan bawak danish pergi makan angin sebab mummy planning nak bagi dia adik :) So kena tunggu baby keluar dulu lah baru dia dapat pergi jalan-jalan macam ni lagi kan? hehehe

November 2011 kami pernah bawa Danish ke Singapore, tapi time tu dia baru 2 tahun so tak bawa la dia pergi USS. Ni gambar Danish time 2 tahun di Singapore..Danish sangat kurus time ni :)









Since tahun 2010 yang pergi Europe Trip aritu sampai lah sekarang dia tak pernah lagi naik flight. Almost 3 years lah and dia pun tak ingat pasal naik flight tu kan. So seminggu sebelum kami ke Singapore tu mummy terlepas cakap yang kita akan naik aeroplane. So since that everydat tanya "Mummy bila nak naik aeroplane..." everyday tanya ok then rumah kami pulak laluan aeroplane sebab dekat dengan Subang Airport so setiap kali nampak aeroplane di langit rumah kami setiap kali tu lah merengek nak naik! huhuhuh terpaksalah mummy cakap tangga aeroplane belum siap lagi so kita kena tunggu uncle siapkan tangga tu then baru boleh naik aeroplane :P

So tanggal 27 Mac 2013 kami pun bersiap dan semestinya Danish paling excited!

di LCCT

Cabaran lagi sekali bila di Departure Hall LCCT! Aeroplane depan mata kan so 30 minit menunggu tu umpama 30 jam menjawab persoalan Danish.."Mummy kenapa tak boleh lagi naik aeroplane? Kenapa lambat sangat? Tu tangga dah ada tu..." hukhuk mummy nak nangis plak sebab dia tak habis-habis merengek :P

Then finally masa yang ditunggu telah tiba....


Then dalam flight pula bila aeroplane ni bergerak untuk bersedia to take off keluar pula soalan dari Danish..."Mummy...kenapa aeroplane ni jalannnn je...tak terbang pun.." hahaha so mummy pun jawab "Aeroplane kena jalan dulu sebelum dia terbang..kejap lagi dia makin laju then terbang lah". Then bila dah take off bukan main happy lagi anank mum ni :)

Lebih kurang 1 jam kami pun sampai di Changi Airport, Singapore. Kami ambil taxi terus menuju ke hotel kami. Hotel 81 Dickson terletak Dickson Street. Kami booking hotel ni time Matta Fair bulan Mac sekali dengan ticket USS. Harga Hotel 81 Dickson ni RM270 per nite.

Trip kali ni mummy bawa sekali babysitter Danish bersama suaminya dan 2 orang anaknya. Reward for them sebab menjaga dan menyayangi Danish seperti cucu dan adik mereka sendiri. Danish sangat rapat dengan mereka. Alhamdulillah rezeki kami dikurniakan babysitter yang baik begitu juga keluarganya. Danish panggil babysitter tersebut Nenek, suaminya Atok dan anak-anak mereka danish panggil dengan panggilan Ucu, Pakcik, Pakjang, Pakngah and Paklong. Mereka sayang danish macam adik sendiri. Danish apa lagi...manja sangat lah dengan mereka. Mummy pun bawak Mom and Dad sekali. So Mummy booked 3 bilik. Tapi Mom & Dad tak naik flight bersama kami sebab mereka di Johor Baharu so kami jumpa mereka terus di hotel

Di Matta Fair ticket USS ni price dia RM170 (Adult) termasuk sekali dengan meal voucher $10 Sin Dollar. Danish masuk free sebab baru 3 tahun kalau ikut bulan kelahiran.

28 Mac 2013: Ready to Universal Studio Singapore!! Dari hotel ke USS kami naik MRT berhampiran hotel then change train di VivoCity terus ke Sentosa Island. Gate USS buka jam 10.00am so kami tiba 10 minit awal. Ni gambar-gambar dalam USS dari 10.00am hingga 6.30pm. Penat tau!



Ni lah keluarga babysitter Danish :)


Danish penat sangat sampai tertidur :)





Atok (suami babysitter) yang rajin melayan karenah Danish


Kiri sekali my Dad & My Mom






Transformers The Ride ni memang recommended! Best sangattttttt! real ok! Nak tau best macamana??? haaa kena pergi and naik sebab tiada kata-kata boleh describe best dia tu macamana :)




29 Mac 2013: Hari ni kami menghabiskan masa untuk shopping di Orchard Road sahaja. Branded perfume murah sangat tau. Kami borong di Lucky Plaza and its original ok. Mummy tau la sebab mummy ni peminat perfume :)






Ni lah hasil tangkapan kami di Lucky Plaza. 30 March (ahad) kami pun terbang pulang ke Kuala Lumpur. Overall USS memang terbaik dan best sangat-sangat. Next destination is Legoland Malaysia pulak ok :) Bila???? Hmmm lepas baby mummy keluar lah. Insha allah mummy nak bawak Danish cuti sekolah bulan March 2014 pulak. Genap setahun lah lepas pergi USS kan :) Kena kumpul duit sebab nak tido Legoland Hotel yang mummy google RM1k per nite (including tax). So kami nak stay 2 nite...Jom tengok sikit gambar Legolan Hotel yang mummy nak bawak Danish tu.....Mummy choose Premium Kingdom Themed!

 



Ok jumpa di entry Legoland Malaysia pulak ye nanti :)

No comments:

Post a Comment