Monday, December 16, 2013

PART 4 (Venice): Europe Vacation 2010 (London+Germany+Switzerland+Monaco+Venice+Paris)

4 June 2010 (7th day): Sebaik bergerak dari Swiss pagi tadi, kami tiba di Fusina Camp Site (in Italian is Camping Fusina), Venice (Venizia) dalam jam 3.00pm macam tu. Perjalanan kami dari Zurich ke Fusina mengambil masa 6 jam.








Kami berehat dan bermalam di sini sebelum ke Venice keesokan pagi sebab untuk ke Venice kami perlu naik ferry dari Fusina ni. So di Fusina ni kami boleh la basuh baju bagai sebab ada laundry self service. Masuk je duit untuk basuh and keringkan :)

Lagi satu pengalaman paling berharga yang takkan dapat kami rasa di Malaysia is bermalam di dalam CARAVAN! Best oooo.....completed dengan 2 bed rooms, bathroom , living area and kitchen sekali tau!


Dad & Hubby


Living area dalam Caravan

Kitchen


Bed room...hehehe terlupa nak rotate!


Ini lah Caravan kami!






5 June 2010 (8th day): Kami bangun awal sebab tak sabar ni pergi VENICE. Kota idaman mummy sejak dari zaman universiti lagi! Kononnya dulu mummy berangan nak honeymoon di Venice. Tak sangka dah ada anak sorang baru boleh jejak kaki ke Venice :) tapi lebih manis sebab dapat honeymoon dengan anak sulung mum yang berusia 7 months ketika itu :)

Ni perjalanan kami ke Venice...Kami naik ferry untuk ke sana..u ols tau kan Venice merupakan sebuah small city di tengah laut...macam pulau.





yeayyy hampir sampai di Venice!

itu lah Venice :)

dalam ferry berlatarbelakangkan Venice



OK kami dah tiba di Venice :) Cuaca di Venice sangat panas. Seharian di Venice kaki mummy berbelang tau ikut design kasut mummy. hehehe ye lah sebab air laut masin kan. ok jom tengok kota Venice!





sempat chit-chat dengan parent budak comel tu. Mereka pernah ke Langkawi and KL :) mereka pun tourist di Venice ni.

Di celah-celah bangunan :) haaa ada macam dalam filem The Tourist (lakonan Angelina Jolie and Johnny Depp) or filem The Italian Job tak?


with Gondola



Perasan tak banyak gambar kami belakangnya bridge? Ya Venice juga digelar City of Canals sebab mereka ada lebih 400 jambatan yang menghubungkan Venice ini. Ada besar and ada kecil. Sebab tu di Venice tiada kereta ataupun motor. Pengangkutan utama mereka adalah boat untuk ke satu tempat ke satu tempat yang agak jauh dalam Venice ni. kalau dulu mereka naik Gondola tapi Gondola sekarang dijadikan tarikan pelancongan dengan harga 60 Euro (RM 252) :)








Gondola


His 1st bite of Pizza asli Italy!


Honeymoon di Venice....kononnya :)











Piazza San Marco







Piazza San Marco

Piazza San Marco




Lewat petang kami pun meninggalkan Venice dengan kenangan yang sangat manis dan takkan dilupakan....bila lah Mummy akan ke sini lagi kan? Tunggu Danish belanja mummy la pulak :) Bye bye Venice....kota cinta Mummy & Daddy.....

Kami sampai di Fusina Camp Site hampir malam dan kami pun rest n sleep....

6 June 2010 (9th day): Kami bergerak ke Monaco pula. Haaa ni bandar F1 tau! Ferrari bersepah :) next entry pula ok! 





















No comments:

Post a Comment