Monday, December 16, 2013

PART 6 (Paris): Europe Vacation 2010 (London+Germany+Switzerland+Monaco+Venice+Paris)

7 June 2010 (10th day): Jam 10.00 pagi kami bergerak dari Nice Camp Site menuju ke Paris. Perjalan ini mengambil masa 11 jam OK!!! 579 mi atau 932 km ye! Nasib baik 3 orang driver ada (Dad, Hubby and Bro in law) :)

Disebabkan ada infant so kami pun banyak kali stop di petrol station untuk refresh kan diri. Yang best di petrol station mereka ialah setiap petrol station yang kami singgah semua ada babycare room yang sangat bersih, selesa dan canggih! Dalam babycare room mereka semuanya pakai auto sensor such as dustbin, hand soap, air paip, even nak amik tissue pun hand sensor juga tau. Maksudnya kita tak perlu touch apa-apa dalam tu juz hulur tangan je tissue keluar, dustbin terbuka, sabun keluar and air paip keluar. So ini bagi mengelakkan pemindahan kuman.

Ada perkara lucu disepanjang perjalanan kami. Disebabkan perjalanan 11 jam ni so air panas untuk bancuh susu danish kerap habis sebab sejuk pun ye. So kami pun minta la dekat cafe mereka. "Sir could i have hot water please?". Disebabkan penggunaan bahasa inggeris sangat lemah di Europe ni maka memang susah kami untuk berkomunikasi. Ketika ini masih di German dan mereka menggunakan bahasa German. Begitu juga di Paris, mereka menggunakan bahasa France. Puas hubby buat body language dengan isyarat mengangkat baju di badan = HOT dan tunjuk air di kaunter = WATER. Then baru lah mereka faham itu pun setelah 2-3 pekerja mereka cuba untuk memahami kami. Salah seorang drpd mereka akhirnya tersenyum dan mengatakan "WARM WASSER" :) Ok selepas itu kami pun menggunakan perkataan WARM WASSER untuk meminta air panas :)

Ni antara gambar semasa perjalanan kami ke Paris.




Di petrol station. Ayah (Bro in law) yang rajin melayan karenah Danish sepanjang trip ni.



Lebih kurang jam 4 petang di salah sebuah petrol station. Cuaca tiba-tiba sejuk yang teramat sangat sampai mummy pun takut nak keluar dari kereta!




Akhirnya setelah banyak berhenti dan mengambil 11 jam perjalanan maka kami pun tiba di Paris jam 9.00pm. Yang kami nampak hanyalah Eiffel Tower yang bermandikan cahaya lampu neon yang sangat cantik dan romantik ketika malam!

Nasib tidak menyebelahi kami di mana semua hotel penuh! Maka kami pun bermalam di dalam kereta dalam keadaan yang sangat sejuk walaupun pemanas kereta on.

8 June 2010 (11th day): Kami bangun pagi dan cari tenpat untuk membersihkan diri. Sekali lagi jumpa toilet yang sangat canggih di Paris! Lupa nak ambil gambar :) So after breakfast kami pun berjalan di sekitar Paris.
Eiffel.....I'm in Love....

Eiffel Tower


Eiffel.....We are in Love....



Sejukkkkkkkk





Notre Dame








Kemudian kami ke The Louvre, Paris untuk melihat The Louvre Pyramid. Ala yang dalam filem The Da Vinci Code tu...The Louvre Pyramid is a large glass and metal pyramid, surrounded by three smaller pyramids, in the main courtyard of the Louvre Palace in Paris. The large pyramid serves as the main entrance to the Louvre Museum. Ok lah ni dia...

The Louvre

Louvre Palace

Louvre Palace









Setelah seharian menyelusuri cinta di kota Paris ini, maka jam 6.00pm kami bergerak pulang ke rumah Aunt Bijah di Wissembourg, France. Perjalanan dari Paris ke Wissembourg mengambil masa 5 jam. Kami sampai di rumah Aunt Bijah jam 11.00pm. Sampai je terus makan dan tidur..zzzzzzz.....

9 June 2010 (12th day): Selepas breakfast kami bersiap untuk ke Frankfurt Airport sejauh 2 jam perjalanan untuk mengambil penerbangan pulang ke London via Ryanair dan landing di Stansted Airport, UK. 

Jam 2.00pm kami tiba di Stansted dan terus menuju ke London city untuk check-in di area kesukaan kami iaitu Hyde Park! Sampai sahaja kami berjalan dan shopping di sekitar Bayswater dan Hydepark. Dah umpama tempat sendiri pula rasanya sebab di sini lah 1st day kami menyesuaikan diri di kota London ini. Dah pandai jalan sendiri and tak takut pun :)

10 June 2010 (13th day): Hari terakhir di London. Kami sambung shopping di Oxford Street sebelum bergerak ke London Heathrow Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur!

Kami naik Qatar Airways dan transit di Doha seperti perjalanan kami dari KLIA ke LHR dulu. So ni gambar perjalanan pulang kami. Bye-bye London....till meet again :)


Danish dalam flight. Kali ni kami dapat Baby Bassinet :)

Stewardess Qatar Airways :)

Transit di Doha Airport

11 June 2010 (14th day): 1.00am kami tiba di KLIA. Sampai rumah mak di Putrajaya jam 2.30am dan mummy tak tido sebab jam 8.00am ni mummy ada interview oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) untuk jawatan Pegawai Perkhidmatan Pengajian Tinggi (PPPT) gred DH41. So mummy pun study lah perlembagaan dan semua berkaitan government ni dengan ditemani danish yang tak boleh tidor juga...Jetlag...yelah 2 weeks di London and Europe, time zone berbeza. London GMT0 manakala KL GMT+8. Beza 8 jam ok. Memang beza siang dan malam betul. Kalau di Germany and France tu GMT+1.

Jam 8.00am pun mummy bergerak ke Parcel B, Putrajaya untuk interview....rezeki kan...so Mummy dapat lah. Now jadi lah mummy pekerja kerajaan berstatuskan Lecturer :) Ameen.....

Ni map trip kami selama 14 days!


No comments:

Post a Comment